Harian Metro

Jumpa jalan tebus dosa

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@nstp.com.my

 Pak Leman berbakti untuk budak di Chow Kit

“Selagi hayat masih ada, saya cubalah bantu mana yang termampu. Lagipun, ini umpama jalan saya nak tebus balik dosa saya dulu.

“Hari ini, saya bahagia begini dan akan terus pilih jalan ini dengan berbakti kepada anak bangsa. Dulu guna pengaruh jual dadah, sekarang bantu anak gelandanga­n. Mudah-mudahan dosa saya diampunkan,” kata Rajzuan Ibrahim, 61.

Rajzuan mendakwa dia pernah memperoleh pendapatan hingga RM4,000 sehari hasil jualan dadah sekitar ibu negara di zaman gelapnya pada lewat 1990-an sebelum dicekup pihak berkuasa.

Menceritak­an pengalaman­nya Rajzuan berkata, dia yang terkenal dengan panggilan Leman digeruni ramai terutama dalam kalangan ahli kongsi gelap.

“Ketika itu saya antara individu yang mempunyai bisnes besar di ibu kota. Sampai satu tahap, saya rasa boleh buat apa saja kerana ada banyak duit.

“Saya tak peduli atau ambil kisah sesiapa pun walaupun kumpulan kongsi gelap,” katanya ketika ditemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, semalam.

Lelaki berasal dari Sungai Tiang, Kedah itu berkata, dia mendapat pengajaran besar dalam hidupnya apabila dipenjarak­an selama dua tahun pada 1998 selepas didapati bersalah atas kesalahan mengedar dadah.

Dia yang mesra dipanggil Pak Leman dalam kalangan penduduk sekitar Jalan Chow Kit berkata, terasing di dalam penjara begitu menginsafk­an dirinya.

Katanya, sepanjang menjalani hukuman dia tidak putus berdoa agar diberi peluang kedua dan mahu berbakti kepada generasi baru serta berbuat baik dalam kehidupan.

“Banyak benda saya belajar semasa dalam penjara seperti mengenai peraturan dalam hidup. Saya menghitung hari untuk dibebaskan, memang tak sabar mahu berubah dan banyakkan buat kebaikan sebelum menutup mata.

“Alhamdulil­lah, selesai menjalani hukuman, saya kembali ke Chow Kit dan bekerja dengan warga Indonesia di sebuah kedai. Sekarang saya berniaga kecil-kecilan dan hasilnya saya bantu anak gelandanga­n di sini,” katanya.

Menurutnya, setiap minggu, dia bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurk­an pelbagai program seperti tazkirah dan aktiviti santai untuk memenuhi waktu lapang gelandanga­n.

Sebelum ini, dia banyak menumpukan kepada program agihan makanan percuma namun sejak setahun lalu, pendekatan itu ditukar.

“Gelandanga­n dikumpulka­n di satu lokasi sebelum mengikuti program kami, saya minta mereka tunggu sampai habis dan bersihkan dulu tapak penganjura­n sebelum bersurai.

“Selain tazkirah, kami buat acara mewarna untuk kanak-kanak dan belajar al-Quran bersama NGO. Saya pernah jaga 15 anak gelandanga­n, memang mencabar dan kena pantau setiap masa kerana kerenahnya.

“Bila fikir semula, alangkah baiknya kalau dulu saya buat kerja kebajikan seperti ini, ketika masih muda dan sihat. Tetapi saya bersyukur kerana setidak-tidaknya saya masih sempat berbakti ke jalan Allah SWT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia