Harian Metro

Minta peminat doa untuk anak

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Filem Pulang terbitan Primework Studio yang ditayangka­n di pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu berada dalam carta lima teratas di laman sosial Twitter, semalam.

Selain tanda pagar #PulangTheM­ovie, judul itu turut sohor bersama-sama #GermanGP dan #Twicelanid­inMY.

Kebanyakan komen pengikut laman sosial itu memuji keberkesan­an jalan cerita filem yang diangkat daripada kisah benar keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

“Saya dapati ramai bawa ibu bapa masing-masing menonton filem ini.

“Saya gembira kerana filem ini dapat dinikmati seisi keluarga walaupun mereka daripada generasi berbeza,” tulis Ahmad Izham di laman sosial Twitter miliknya.

Beliau mengakui terharu dengan sambutan serta komen positif daripada penonton tempatan di laman sosial.

Beliau turut berkesempa­tan melakukan lawatan ke beberapa pawagam bagi melihat sendiri sambutan penonton antaranya ke Putrajaya, Seri Kembangan dan Seremban kelmarin.

Kongsi beliau, semua Kuala Lumpur: Pelakon Saharul Ridzwan, 29, yang kini popular dengan drama Jangan Benci Cintaku memohon jasa baik peminatnya agar mendoakan kesihatan anaknya, Luth Ali, 10 bulan yang kini menghidap tonsil bernanah sejak tiga hari lalu.

Menurut Saharul, Ali mengalami demam panas dan batuk sehingga tidur serta selera makan terganggu sejak empat hari

lalu. “Pada awal, saya

dan isteri menganggap ia demam dan batuk biasa tetapi selepas dibawa bertemu doktor, Ali disahkan menghidap tonsil dan kini sudah bernanah,” katanya dihubungi Harian Metro semalam.

Dia yang kini berada di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil mengakui fokusnya agak terganggu mengenangk­an kesakitan dialami putera kesayangan­nya itu.

Di laman sosial Instagram milik Saharul, pelakon itu memuat naik sekeping foto sedang mencium Ali yang sedang tidur disertai kapsyen meminta peminat mendoakan kesihatan anaknya itu.

“Doakan Ali sihat. Doktor periksa ada tonsil bernanah sebab itulah tiga hari tak mahu makan.

“Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil sebab saya pun ada tonsil. Sembuhkanl­ah anakku Ya Allah!

“Bukan nak cari publisiti tetapi merayu minta doa daripada semua. Semoga Allah mendengar setiap doa kalian untuk Ali,” tulisnya diakhiri dengan ucapan terima kasih.

 Ahmad Izham gembira filem Pulang dapat sambutan

 ??  ?? REMY (tiga dari kiri), Puteri Aishah (tiga dari kanan) bersama Pengarah filem, Khabir Bakhtiar (empat dari kiri) serta pelakon lain filem Pulang.
REMY (tiga dari kiri), Puteri Aishah (tiga dari kanan) bersama Pengarah filem, Khabir Bakhtiar (empat dari kiri) serta pelakon lain filem Pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia