Harian Metro

‘Resipi’ Cikgu Erin kembali ke pangkal jalan

-

pawagam yang dilawati sejak semalam penuh dengan penonton.

Beliau berkata ada ternampak pasangan yang dipercayai suami isteri menangis teresak-esak pada babak akhir filem itu.

“Ketika berada di GSC Palm Mall Seremban, saya terdengar bunyi esakan ketika senarai penghargaa­n ditayangka­n,” katanya.

Filem Pulang lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah mengisahka­n Othman yang berlayar sebagai kelasi kapal bagi mencari kehidupan lebih baik untuk isterinya, Thom dan anak mereka, Omar.

Malangnya pelbagai cabaran menimpa Othman sehingga dia gagal pulang ke pangkuan keluarga hingga akhir hayatnya. Kuala Terengganu: Menjaga solat lima waktu selain melakukan solat sunat tahajud dan taubat serta membaca al-Quran setiap hari ternyata menjadi penawar paling mujarab bagi golongan mak nyah untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki.

‘Resipi’ itu didedahkan oleh Mohd Khariri Mohamad Ramli, 41, mak nyah yang kembali ke pangkal jalan dan pernah tular di laman maya serta mendapat liputan meluas di media beberapa tahun lalu.

Mohd Khariri atau lebih dikenali Cikgu Erin berkata, dia berasa perubahan ketara selepas melakukan amalan itu setiap hari selama tiga bulan.

“Selepas melakukan amalan berkenaan setiap hari, saya dapat berasakan ketenangan yang tidak pernah dialami sepanjang hidup ini dan dari situ saya kumpul kekuatan sehinggala­h dapat kembali menjadi lelaki sejati.

“Alhamdulil­lah, selepas tujuh tahun saya boleh katakan sudah kembali menjadi lelaki sejati dan saya juga bersedia untuk berkahwin,” katanya ketika ditemui pada Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gender Kontempora­ri 2018 di sini, semalam.

Mohd Khariri bagaimanap­un mengakui, bukan mudah bagi seorang mak nyah untuk kembali ke pangkal jalan.

“Selepas melaluinya, baru saya faham mengapa ramai rakan senasib kecundang dalam usaha kembali kepada fitrah.

“Amat sukar untuk orang seperti kami kembali menjadi lelaki selepas sekian lama menjadi mak nyah. Contohnya saya sendiri yang sudah mengambil pil dan suntikan hormon sejak berusia 18 tahun.

“Tapi saya nekad dan amat bersyukur, melalui amalan solat lima waktu dan solat sunat taubat serta tahajud selain terus-menerus mendalami Islam dari semasa ke semasa dapat membantu memberi kekuatan untuk saya hidup sebagai lelaki normal, sekali gus mematahkan semua tanggapan negatif yang dilemparka­n kepada saya sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Khariri
MOHD Khariri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia