Harian Metro

Kawal akses Internet

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Ibu bapa perlu pantau anak terjebak gejala negatif

Ibu bapa perlu mempunyai pengetahua­n teknologi Internet untuk memantau penggunaan gajet dan telefon pintar anak bagi mengelakka­n mereka terjebak gejala negatif termasuk pornografi.

Hasil tinjauan wartawan Harian Metro dengan menemu bual ibu bapa di sekitar ibu kota mendapati ramai membenarka­n anak menggunaka­n dan memiliki gajet serta telefon pintar.

Tindakan terbabit mendedahka­n anak mereka kepada pornografi sekiranya tiada kawalan dan pemantauan ibu bapa.

Peniaga Mohd Azlan Ismail berkata, ibu bapa perlu memahirkan diri dengan penggunaan teknologi maklumat bagi memudahkan mereka memantau aktiviti anak sewaktu menggunaka­n kemudahan Internet.

“Sekiranya ibu bapa tiada pengetahua­n dan tidak mahir menggunaka­n teknologi, pasti sukar untuk mereka mengawal dan melihat aktiviti yang dilakukan anak sewaktu menggunaka­n komputer, gajet dan telefon pintar yang mempunyai akses jaringan Internet.

“Jadi, ibu bapa perlu belajar dan memahirkan diri dengan penggunaan teknologi maklumat. Perkara itu bukanlah sukar kerana semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari saja dengan kemudahan teknologi Internet,” kata bapa kepada tiga anak itu, semalam.

Mohammad Abdullah, 42, berkata, ibu bapa boleh mengawal anak dengan kemudahan perisian yang boleh dimuat turut menerusi gajet dan telefon pintar yang dikhaskan bagi menapis jaringan akses kepada laman web tidak bermoral.

“Sekiranya mereka benarkan anak gunakan gajet dan telefon pintar, mereka perlu membuat kawalan dan pemantauan.

“Langkah ini boleh dilakukan menggunaka­n perisian dan aplikasi yang disediakan khas kepada ibu bapa untuk mengawal penggunaan gajet dan telefon pintar

anak mereka seperti

dan

“Beberapa syarikat telekomuni­kasi turut menyediaka­n tapisan untuk ibu bapa menyaring penggunaan Internet sekiranya tidak mahu anak mereka mengakses kepada laman pornografi dan keganasan,” katanya.

Sementara itu, Hisham Ros Hashim bersama isterinya, Rafizah Abdul Rahim berkata, ibu bapa perlu mengetahui kata laluan gajet dan telefon pintar anak bagi membolehka­n mereka melakukan pemeriksaa­n terhadap kandungan yang disimpan dalam alat peranti itu.

“Sebagai ibu bapa, kami akan memeriksa gajet dan telefon milik anak untuk mengetahui kegiatan dilakukan mereka terutama dalam menggunaka­n media sosial dan aplikasi sembang.

“Jadi, kami dapat mengetahui apa yang dimuat naik anak di media sosial dan dengan siapa mereka selalu berhubung serta apa yang diakses mereka.

“Kami juga menggunaka­n kemudahan disediakan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Alat Kawalan Ibu Bapa.

“Alat ini membolehka­n ibu bapa memantau dan menapis kandungan Internet serta menyediaka­n satu lapisan keselamata­n kanak-kanak,” katanya.

Kelmarin, akhbar Harian Metro melaporkan kajian dilakukan Pensyarah Psikologi Universiti Sunway Meng Zhen Lim mendedahka­n lebih 29 peratus daripada 160 responden menonton pornografi sebelum umur 12 tahun.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
IBU bapa perlu memahirkan diri dengan teknologi Internet bagi memantau penggunaan gajet anak.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin. IBU bapa perlu memahirkan diri dengan teknologi Internet bagi memantau penggunaan gajet anak.
 ??  ?? MOHD Azlan
MOHD Azlan
 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia