Harian Metro

Beri didikan baik sejak dari usia awal

-

Kuala Lumpur: Konsep melentur buluh dari rebung adalah pendekatan paling sesuai untuk mendidik anak-anak agar tidak terpengaru­h dengan perkara negatif sepanjang kehidupan mereka.

Dengan amalan baik yang diasuh sejak kecil, ia memberi gambaran positif setiap hari dan secara tidak langsung membendung mereka melakukan maksiat.

Pendakwah Dr Mohd Sukki Othman berkata, didikan tanpa jemu penting bagi memastikan anak-anak yakin dengan kata-kata ibu bapa dan tidak membuat keputusan sendiri biarpun tinggal bersendiri­an.

“Ia sama dengan konsep orang dulu-dulu memberi penekanan bahawa babi itu haram. Saya rasa sampai hari ini kita tahu perkara itu dan tidak memakannya.

“Sama juga dengan melayari laman pornografi, kalau kita sentiasa ingatkan mereka bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan dan kita sendiri memberi contoh yang baik, insya-Allah saya rasa mereka faham dan patuh,” katanya.

Beliau berkata, dalam kaedah Islam, ulama mengesyork­an betapa hubungan ibu bapa dan keluarga harus dieratkan dengan pelbagai pengisian agama.

Aktivis masyarakat Natipah Abu berkata, melalui cara itu, anak-anak akan terhindar daripada gambar atau klip video tidak sesuai, sebaliknya hanya melihat maklumat umum saja tanpa sebarang implikasi.

“Kita tak akan berada di sisi anak-anak 24 jam, jadi kita perlu sediakan akses yang sesuai kepada mereka kerana jika tiada Internet, susah juga. Tetapi biarlah berpada-pada,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Sukki
DR Mohd Sukki
 ??  ?? NATIPAH
NATIPAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia