Harian Metro

Bebas selepas 24 jam diculik

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 Tiga warga Pakistan kurung rakyat

India dalam bilik rumah tumpangan ditahan

Kurang 24 jam selepas menerima maklumat penculikan seorang lelaki warga India, polis negeri ini menyelamat­kan mangsa yang dikurung dalam sebuah bilik di rumah tumpangan dekat Tampoi dan menahan tiga suspek warga Pakistan, petang kelmarin.

Pada serbuan jam 4.30 petang, mangsa berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan diikat dan dikawal tiga suspek lelaki terbabit.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pejabat Kedutaan India yang disalurkan kepada Ketua Unit Perlindung­an Antarabang­sa, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Keluarga mangsa ada membuat laporan di India selepas menerima mesej tuntutan wang tebusan daripada penculik.

“Rakan mangsa, seorang lelaki warga India juga membuat satu laporan polis di Shah Alam, Selangor pada jam 12.49 tengah malam semalam,” katanya, semalam.

Beliau berkata, penculik meminta wang tebusan RM200,000 untuk membebaska­nnya atau diancam untuk dibunuh.

Menurutnya, mangsa diselamatk­an tanpa kecederaan serius namun dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaa­n.

“Tiga suspek berusia 26 hingga 29 tahun itu ditahan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

“Kedutaan India akan dimaklumka­n mengenai kejayaan kami menyelamat­kan seorang warganya yang menjadi mangsa penculikan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas maklumat diterima,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia