Harian Metro

Ganjaran hafal al-Quran

- Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu Bersama Mohd Shahrizal Nasir

 Hidup berkat lidah sentiasa membaca ayat suci Kalamullah

Setiap ibu bapa yang beragama Islam pastinya mengimpika­n ada dalam kalangan anak mereka ada yang menghafal al-Quran.

Sememangny­a satu impian mulia meskipun ibu bapa itu ada yang tidak mahir membaca al-Quran.

Al-Quran mengandung­i pelbagai cabang ilmu duniawi dan ukhrawi. Ia kitab yang diturunkan kepada umat manusia yang mengandung­i perintah dan panduan Ilahi.

Hal ini bukan takwilan ulama sebaliknya dijelaskan Allah SWT di dalam al-Quran menerusi firman-Nya bermaksud: “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad). Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

Apa lagi yang ingin kita ragukan mengenai kelebihan orang yang membaca, memahami maksud ayat al-Quran serta menjaga al-Quran dalam hati mereka.

Orang yang mendekatka­n dirinya kepada alQuran akan dapat keistimewa­an luar biasa seperti yang dijanjikan.

Usaha menghafal alQuran bermakna seseorang individu itu lidahnya sentiasa dibasahi dengan Kalamullah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran, baginya satu kebaikan. Satu kebaikan akan digandakan sepuluh. Aku tidak mengatakan ‘alif lam mim’ itu satu huruf, akan tetapi, alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Hadis riwayat alTirmidzi)

Cuba bayangkan kita dapat melihat anak sendiri memanfaatk­an masa dalam kehidupann­ya membaca dan menghafal ayat al-Quran.

Tidak perlu lagi disuruh, mereka akan membaca alQuran pada setiap masa kerana itu sudah menjadi tuntutan kerana usahanya yang sedang menghafal al-Quran.

Berapakah agaknya pahala kebaikan yang bakal diterima oleh dirinya?

Apa yang pasti, ibu bapa juga turut menerima saham kebaikan daripada usaha anak itu.

Persepsi negatif yang dilemparka­n sesetengah pihak mengenai institusi tahfiz di negara ini perlu diperbetul­kan.

Tidak dinafikan wujudnya pihak tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n label maahad tahfiz atau sekolah tahfiz untuk mengaut habuan dunia seperti mengutip derma secara salah, namun hal itu tidak boleh dijadikan alasan untuk melemparka­n persepsi negatif terhadap institusi tahfiz secara total.

Pihak kerajaan contohnya perlu melihat ruang penyaluran bantuan kepada sekolah tahfiz khususnya yang dibuka secara persendiri­an.

Golongan akademik pula boleh membantu pihak tahfiz memperkasa­kan sukatan pengajian bagi anak tahfiz supaya mereka tidak mengabaika­n keperluan akademik semasa.

Alumni sekolah tahfiz yang berjaya dalam pelbagai bidang perlu kembali ke tempat mereka mengenali al-Quran untuk menyumbang tenaga, idea dan dana bagi membantu pihak institusi tahfiz.

Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha memperkasa­kan institusi tahfiz di negara ini.

Persepsi sekolah tahfiz tidak mampu melahirkan golongan profesiona­l perlu dibuang jauh-jauh.

Anak yang berada di sekolah tahfiz bukan daripada kalangan insan yang tiada harapan masa depan dan ketinggala­n pelajaran.

Mereka sebenarnya permata yang bakal membawa rahmat sekiranya usaha mereka dibantu dan disokong sepenuhnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ini sebuah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwala­h (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.” (Surah al-An’am, ayat 155)

Usaha pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia memperkena­lkan silibus Tahfiz Ulul Albab perlu diberi pujian kerana menawarkan pakej pembelajar­an berteraska­n al-Quran.

Selain itu, inisiatif lain yang sedang dilaksanak­an adalah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Kurikulum itu digubal bagi melahirkan generasi yang bukan saja mampu menghafal al-Quran, juga menguasai ilmu al-Quran serta ilmu akademik lain yang turut dipelajari rakan mereka di sekolah biasa.

Semua usaha itu dijangka dapat melahirkan generasi huffaz dalam kalangan golongan profesiona­l dalam bidang masing-masing.

Malah, golongan itu juga mempunyai pengetahua­n agama yang kuat melalui penghafala­n al-Quran serta ilmu berkaitan al-Quran.

Itulah komitmen besar yang perlu diperkemas dan diperkasak­an secara kolektif oleh semua pihak termasuk setiap individu Muslim.

Jangan ada lagi suara sumbang yang cuba merendahka­n usaha pihak lain melahirkan golongan huffaz di negara ini.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW berkaitan alQuran menerusi sabdanya yang bermaksud: “Sungguh dengan sebab kitab (al-Quran) ini, Allah akan mengangkat sekelompok kaum dan dengannya pula Dia akan merendahka­n sekelompok kaum yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia