Harian Metro

Berusaha untuk khusyuk dalam solat

-

Di setiap masjid biasanya ada televisyen yang menayangka­n kandungan maklumat secara interaktif seperti tazkirah dan perkara bermanfaat lain.

Adakah solat seseorang itu sah kerana maklumat yang dipaparkan itu mengganggu sedikit kekhusyuka­n jemaah?

Khusyuk adalah sesuatu yang dituntut. Bahkan, ia dianggap lubuk dan jantung kepada solat.

Ini berdasarka­n hadis Nabi SAW yang diriwayatk­an Uthman bin Affan bermaksud: “Bagi seorang Muslim yang datang padanya solat maktubah (solat fardu), kemudian dia memperelok­kan wuduknya, kekhusuyuk­annya dan rukuknya, dosanya yang lalu akan diampunkan selagi dia tidak melakukan dosa yang besar dan diampunkan (dosanya) pada tahun itu.”

(Riwayat Muslim - 565)

Kata Sheikh Ubaidullah al-Mubarakfur­i: “Iaitu melakukan segala rukun dengan penuh tawaduk dan merendah diri. Serta buat dengan rukun-rukun itu dengan zahir, batin iaitu dengan hati dan juga anggota tubuh.” (Rujuk Mir’ah al-Mafatih Syarh Mishkah al-Masabih - 3/31)

Berkenaan persoalan yang dikemukaka­n, pada asasnya disunatkan untuk memandang ke arah tempat sujud.

Ini berdasarka­n hadis diriwayatk­an oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesungguhn­ya pernah sekali Rasulullah menunaikan solat sambil matanya diangkat ke langit. Lalu diturunkan ayat yang bermaksud: ‘Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang­nya’, lalu Baginda menundukka­n kepalanya.” (Riwayat al-Baihaqi di dalam - 3683 di dalam Sunannya)

Perbuatan menundukka­n kepala dan memfokuska­n mata ke tempat tempat sujud membantu untuk khusyuk di dalam solat.

Kata Imam al-Nawawi: “Para ulama bersepakat bahawa perlunya ada khusyuk di dalam solat dan harus menundukka­n pandangan daripada apa yang melalaikan serta makruh menoleh-noleh di dalam solat.” (Rujuk al-Majmuk Syarh al-Muhazzab - 3/270)

Makruh hukumnya menoleh dan memandang selain ke arah tempat sujud.

Oleh itu, dengan cara menundukka­n kepala dan menumpukan mata ke arah tempat sujud dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam solat.

Antara cara lain untuk khusyuk di dalam solat adalah menutup mata bagi menghalang daripada melihat perkara yang boleh menghalang daripada fokus di dalam solat.

Itulah pandangan yang dinyatakan Imam al-Nawawi. Kata beliau: “Tidak makruh menutup jika ada dia takut adanya kemudarata­n.

Ini membolehka­nnya untuk menggabung­kan di antara khusyuk dan tetapnya hati.

Ia juga menghalang daripada pandangan meliar dan menghalang juga daripada terganggun­ya fikiran.” (Rujuk al-Majmuk Syarh al-Muhazzab 3/271)

Dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah menyatakan: “Disunatkan menutup mata jika di hadapannya ada sesuatu yang boleh menganggun­ya.” (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Fi Masail al-Mufidah halaman 238)

Maka, kami menyimpulk­an sunat kepada kita menundukka­n kepala dan menumpukan pandangan ke arah tempat sujud.

Diharuskan juga menutup mata bagi menghalang daripada melihat perkara yang boleh merosakkan khusyuk di dalam solat.

Kami juga menasihati pegawai masjid atau surau, seeloknya televisyen atau iklan yang berada di hadapan ditutup sebaik saja iqamat dilaungkan.

Ini supaya jemaah dapat memberi perhatian sepenuhnya ketika solat tanpa diganggu iklan atau tazkirah yang muncul di televisyen itu.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia