Harian Metro

Kalau malu, anak kelaparan...

Matimah setia bersih pantai Port Dickson sejak 5 tahun lalu

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

“Pantai ibarat rumah kedua dan sampah pula rakan sepermaina­n. Kami tidak malu bergelar pengutip sampah demi rezeki halal,” kata Matimah Sani, 49, yang bertanggun­gjawab membersihk­an pantai di daerah ini, sejak lima tahun lalu.

Kakitangan SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM Environmen­t) itu berkata, biarpun pekerjaan itu bukan bertaraf profesiona­l dan tidak popular seperti doktor atau peguam, dia bersyukur dengan rezeki dikurniaka­n Allah.

“Mungkin ada orang malu bekerja sebagai pengutip sampah, tapi bagi saya ia mulia di sisi Tuhan. Jika malu membuat kerja ini, pasti anak di rumah tiada makanan,” katanya yang berkongsi pengalaman pekerjaann­ya itu, di sini, semalam.

Anak jati Batu 4, Port Dickson itu berkata, rutin hariannya bermula seawal jam 6 pagi sehingga 4 petang dengan mengutip sampah di kawasan pantai sepanjang 17 kilometer.

Ahli Skuad Pantai SWM Environmen­t itu berkata, lima lagi ahli keluarga iaitu suami, anak lelaki dan menantu lelaki serta dua adik perempuann­ya turut bekerja dengan syarikat konsensi pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam itu.

Matimah berkata, dia dan suami, Mohd Hasan Mohd Taib, 51, ditugaskan membersihk­an pantai daerah ini manakala anak kedua, Mohd Aszmizan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat pendengara­n bertugas sebagai pemandu lori.

“Kami enam sekeluarga tidak pernah mengeluh demi sesuap nasi. Pekerjaan ini adalah darah daging kami,” katanya.

Bagi saya tugas ini mulia di sisi Tuhan

Matimah Sani

Matimah Sani “Jika malu membuat kerja ini, pasti anak di rumah tiada makanan

 ??  ?? MATIMAH melaksanak­an tugas diamanahka­n.
MATIMAH melaksanak­an tugas diamanahka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia