Harian Metro

Dua gajah masuk kebun ‘menyerah’

-

Jeli: Dua gajah liar yang dipercayai memasuki kawasan kebun durian untuk mencari makanan ditangkap di dua lokasi berasingan, di sini, dalam tempoh seminggu lalu.

Tangkapan pertama membabitka­n seekor gajah jantan seberat 2.5 tan di Kampung Jerek, Ahad lalu manakala seekor gajah betina yang mempunyai berat kira-kira tiga tan di Kampung Salor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan Mohd Hasdi Husin berkata, tangkapan dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung terdapat gajah berkeliara­n di kawasan kebun durian mereka.

“Seramai lima anggota PERHILITAN terbabit dalam operasi menangkap dua gajah liar itu kira-kira jam 8 hingga 10 pagi pada hari berkenaan.

“Gajah yang ditangkap itu ditempatka­n di kawasan hutan berhampira­n dengan pengawasan sementara menunggu kerja pemindahan dijalankan,” katanya ditemui, di sini, semalam.

Mohd Hasdi berkata, usaha pemindahan itu akan dijalankan menerusi bantuan Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Termerloh, Pahang.

Katanya, gajah itu dijangka dipindahka­n ke kawasan Taman Negara Sungai Deka, Terengganu, dalam tempoh terdekat ini.

“Kita percayai gajah ditangkap itu daripada kumpulan yang sesat dari kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Baso Banjaran Titiwangsa.

Beliau berkata, PERHILITAN menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kemunculan gajah yang memasuki kawasan kebun terutama ketika musim buah-buahan pada masa ini.

 ??  ?? ANGGOTA PERHILITAN mengawasi gajah jantan yang memasuki dusun di Kampung Jerek, Jeli.
ANGGOTA PERHILITAN mengawasi gajah jantan yang memasuki dusun di Kampung Jerek, Jeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia