Harian Metro

Isyarat makin

- Rafidah Mat Ruzki dan Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Penyokong PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menerima isyarat jelas, malam kelmarin, memberikan undi mereka kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, menjadi kewajipan kepada penyokong PAS menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak menegakkan serta menjaga agama Islam dan secara automatik pilihannya adalah mengundi Lokman.

Katanya, sepanjang dua bulan kerajaan PH mentadbir negara, ia gagal menunjukka­n komitmenny­a untuk menjaga dan mempertaha­nkan Islam.

Beliau berkata, alim ulama sepakat berpendapa­t, kewajipan pertama seorang pemerintah ialah menegakkan agama Allah SWT.

“Di kala mana kerajaan PH dalam tempoh dua bulan pertama memerintah gagal menunjukka­n komitmenny­a menjaga Islam, mempertaha­nkan Islam maka menjadi kewajipan kita menolak PH. Setuju atau tidak?

“Bila mana menolak PH itu menjadi wajib maka yang timbul bagaimana? Bila kita setuju menolak PH adalah wajib kerana menegakkan agama Allah SWT kerana gagal menguruska­n ekonomi yang dikehendak­i dengan cara Allah SWT, maka yang tinggal pada kita bagaimana?

“Di hadapan kita ada satu ruang untuk menyatakan penolakan kita terhadap PH iaitu PRK Sungai Kandis. Maka menjadi kewajipan kita menggambar­kan penolakan kita kepada PH dengan menolak calon PH (PKR) dan secara automatik kita memilih calon daripada UMNO, Datuk Lokman,” katanya padaProgra­m Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Kawasan Kota Raja Bukit Naga, malam semalam.

Turut hadir, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, Pesuruhjay­a PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dan kepemimpin­an PAS Selangor.

 PAS minta penyokong undi calon BN

 ??  ?? PENYOKONG PAS pada pogram Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Bukit Naga.
PENYOKONG PAS pada pogram Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Bukit Naga.
 ??  ?? LOKMAN (tiga dari kanan) bersama pemimpin PAS pada pogram Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Bukit Naga.
LOKMAN (tiga dari kanan) bersama pemimpin PAS pada pogram Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Bukit Naga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia