Harian Metro

Perkuat suara pembangkan­g

-

Shah Alam: Suara pembangkan­g harus kuat bagi memastikan ada semak dan imbang dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pesuruhjay­a PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, ia berikutan PAS kini hanya pembangkan­g di Parlimen dan dalam kerajaan Selangor.

“Ini bererti suara pembangkan­g mesti kuat selepas mengambil kira apa yang berlaku di negara kita.

“Sekarang ini berlaku pelanggara­n sistem undang-undang dalam negara, pelanggara­n terhadap tatasusila undang-undang serta pembebasan terhadap kes salah laku di peringkat SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk kroni dan rakan sendiri. Jadi, apa beza mereka dengan kerajaan sebelum ini?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana pada Program Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Kawasan Kota Raja, Bukit Naga, Seksyen 32 di sini, malam semalam.

Ketika mengulas mengapa PAS tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, beliau berkata, tiada perbezaan jika bertanding atau tidak.

“Kita ditanya kenapa PAS tidak bertanding di Kota Raja (Sungai Kandis). Bertanding dan tidak bertanding, sama saja. Parti lain tetap maki. Kita diserang dan difitnah. Jadi apa bezanya bertanding atau tidak.

“Dalam pilihan raya baru-baru ini, kita dapat tempat ketiga di Sungai Kandis. Kita ukur diri kita, cermin diri kita, jadi kita ambil keputusan tidak bertanding,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, dalam tempoh 100 hari pemerintah­an PH, banyak kepincanga­n dan ketempanga­n membabitka­n umat Islam serta bangsa Melayu.

“Pagi tadi (kelmarin) penuh orang hadir ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, menentang kerajaan hari ini, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Persekutua­n didominasi wakil rakyat bukan Islam. Bermakna kuasa politik mereka lagi besar walaupun orang Islam mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau kita tentang PH sebelum ini pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), PRK ini sepatutnya kita kena tentang juga.

“Di Selangor, Pakatan Harapan majoriti dua pertiga dalam Dewan (DUN). Sudah terlalu besar. Bagi dia menang, lagi naik tocang,” katanya.

 ??  ?? SALLEHIN
SALLEHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia