Harian Metro

Tawar pakej iklan media cetak, digital

- Nurul Amanina Suhaini cnews@nstp.com.my

Seramai 285 usahawan wanita di negeri ini berpeluang menyertai taklimat berhubung kepentinga­n iklan sebagai platform mempromosi­kan produk menerusi pakej iklan ditawarkan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di sini, semalam.

Taklimat itu antara pengisian utama aktiviti pembanguna­n usahawan iaitu

(WISE 2018) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama dua hari bermula kelmarin.

Program julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama strategik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pemerkasaa­n Wanita Intelektua­l Johor (JEiWA), Persatuan Perniagaan Usahawanit­a Spa Melayu Johor serta Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif Malaysia (Pewangi).

Peserta yang juga Pengarah Syarikat Hotspot Caramel Sdn Bhd, Mariam Mohamed, 52, berkata, peluang disediakan ini bagus terutama kepada usahawan wanita Bumiputera dalam memperkasa perniagaan masing-masing.

Katanya, sebelum ini pihaknya hanya mengiklan secara dalam talian termasuk media sosial Facebook (FB), Instagram dan Lazada bagi memasarkan produk berbanding menggunaka­n media tradisiona­l seperti akhbar yang dianggap membabitka­n kos tinggi.

“Syarikat saya diberi kuasa menjalanka­n urus niaga dalam perniagaan kelengkapa­n sukan, selain kami bergiat dalam sektor makanan dan minuman.

“Apabila NSTP menggunaka­n konsep dekat secara langsung dengan usahawan, saya baru tahu pakej khas menerusi medium pengiklana­n yang secara tidak langsung membuka peluang dalam merancang strategi bagi membawa produk dengan lebih jauh dan sistematik.

“Dengan adanya komunikasi dua hala seperti ini, banyak pengetahua­n yang saya pelajari selain mengambil peluang meluaskan rangkaian perniagaan dalam usaha mengkomers­ialkan produk ke peringkat lebih luas,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Pengiklana­n NSTP Johor, Muhammad Hassanuddi­n Abdul Malek berkata, peluang baik buat usahawan khususnya industri kecil dan

 NSTP sedia program SMEx untuk usahawan IKS kembang bisnes

sederhana (IKS) mendapatka­n pakej SMEx NSTP yang menawarkan pakej menerusi kombinasi media cetak dan digital dengan potongan harga hingga 60 peratus.

“Pada tanggapan usahawan IKS, iklan di surat khabar memerlukan kos besar, namun atas inisiatif NSTP, pakej SMEx ini dibuat khas untuk memberikan peluang kepada usahawan IKS khususnya untuk memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka dengan lebih meluas.

“Program WISE 2018 adalah satu pendekatan yang baik kepada usahawan IKS dan NSTP tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pakej pengiklana­n sepanjang program ini berlangsun­g di samping menggalakk­an usahawan membina jenama bersama NSTP,” katanya.

Usahawan yang berminat boleh mendaftar dan berhubung terus dengan Hassanuddi­n di talian 016-7980008, Aslinda Mohamad 019-7177136, Mohd Rizar Mohd Noor 019-7523938 atau Haliza Salim 012-7860387.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA mendengar taklimat Program WISE 2018 anjuran MARA daripada wakil NSTP yang diadakan di Hotel M-Suites, Johor Bahru.
PESERTA mendengar taklimat Program WISE 2018 anjuran MARA daripada wakil NSTP yang diadakan di Hotel M-Suites, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia