Harian Metro

Kerusi roda rosak Deejay lumpuh hilang arah

-

Alor Setar: Kemalangan jalan raya 12 tahun lalu mengubah hidup seorang bekas tentera yang kini terlantar akibat lumpuh separuh badan.

Keadaan itu bagaimanap­un tidak memudarkan semangat Abdul Malik Said, 35, untuk meneruskan kehidupan apabila dia menawarkan perkhidmat­an deejay bagi majlis kenduri sekitar negeri ini.

Katanya, selepas mengalami kemalangan jalan raya ketika bertugas di Sibu, Sarawak, dia seperti hilang arah apabila disahkan lumpuh akibat tulang lehernya yang hancur.

“Pada masa sama, saya putus tunang ketika majlis perkahwina­n sepatutnya berlangsun­g dua minggu selepas kemalangan.

“Selama dua tahun saya terlantar dan hidup dalam keadaan kecewa, namun atas semangat yang diberi keluarga, pegawai dan rakan, saya bangkit menggunaka­n lidah untuk bekerja,” katanya ketika ditemui di Kampung Mempelam, Mergong.

Hasil dari bekerja sebagai deejay sambilan itu, dia mampu mendapat upah RM350 bagi setiap majlis yang menggunaka­n perkhidmat­annya.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila kerusi roda bermotor yang digunakann­ya bagi bergerak tiba-tiba rosak minggu lalu dan tidak dapat dibaiki lagi.

Katanya, wang pencen RM700 yang diterima hanya cukup untuk membeli lampin dewasa serta peralatan urin yang mencecah kos RM500 setiap bulan manakala baki RM200 hanya cukup untuk membeli makanan.

“Kerja sebagai deejay kenduri juga hanya ada pada musim cuti sekolah saja, namun kini saya terpaksa mengharap ihsan orang ramai untuk membeli kerusi roda bermotor baharu bagi memudahkan saya kembali bergerak,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia memerlukan lebih RM4,000 bagi membeli kerusi roda terbabit yang ditempah khas dari Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mahu membantu Abdul Malik boleh menghubung­inya di talian 017-5528706.

 ??  ?? ABDUL Malik yang terlantar menunjukka­n kerusi roda bermotor miliknya yang rosak.
ABDUL Malek ketika bekerja sebagai deejay sambilan.
ABDUL Malik yang terlantar menunjukka­n kerusi roda bermotor miliknya yang rosak. ABDUL Malek ketika bekerja sebagai deejay sambilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia