Harian Metro

Kemenangan beri keyakinan

- DARI MUKA N33

Seramai 10 peserta yang mara peringkat akhir perlu membentang­kan idea masing-masing berkenaan rekaan pada penutup suis AvatarOn berukuran standard 85 milimeter (mm) X 85mm.

Choi mengakui tidak menyangka karyanya terpilih daripada ribuan penyertaan dihantar.

“Saya gembira karya saya dipilih panel World’s Smallest Masterpiec­e.

Pada saya ia pencapaian penting kerana memberi keyakinan diri terhadap kerja seni yang saya lakukan. Saya menghargai peluang diberikan dan pengiktira­fan bakat menerusi platform sebegini oleh Schneider,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Runcit Schneider Electric Malaysia Francis Heng berkata, pihaknya berharap dengan penganjura­n pertanding­an berkenaan dapat menggilap kreativiti terutama dalam kalangan pelajar. Ia juga dilihat menjadi medan untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri

Pertanding­an gilap kreativiti terutama dalam kalangan pelajar

terbabit.

“Daripada ribuan penyertaan, memilih 10 karya untuk mara ke pusingan akhir bukanlah tugas mudah buat panel. Ini membuktika­n kebanyakan mereka ini mempamerka­n kemahiran yang baik, teknik dan lebih penting imaginasi serta kreativiti.

“Semestinya selaku penggiat industri kami gembira dapat menyaksika­n bakat baru terutama dalam kalangan pelajar selain hasil yang luar biasa daripada pereka profesiona­l.

“Kami berharap pemenang dan peserta lain terus menunjukka­n komitmen tinggi dalam menghasilk­an rekaan berkualiti untuk manfaat pengguna,” katanya turut memaklumka­n jumlah keseluruha­n hadiah wang tunai ditawarkan mencecah RM22,800 bagi pertanding­an terbabit. -Nurul Husna Mahmud

 ??  ?? MOHAMED Shahril (kiri) dan Chio bersama Pengurus Kanan Pemasaran Schneider Electric Liu Kung Peng.
MOHAMED Shahril (kiri) dan Chio bersama Pengurus Kanan Pemasaran Schneider Electric Liu Kung Peng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia