Harian Metro

Rungkai isu kewajaran kawal selia blockchain

-

Bagi merungkai persoalan berkenaan kewajaran untuk mengawal selia mata wang kripto di Malaysia, satu forum Laporan Pengawal

Seliaan Blockchain dianjurkan Pusat Kajian Pengawalse­liaan Universiti Malaya (UMCoRS) di bawah Fakulti Undang-undang.

Blockchain adalah teknologi pencatatan transaksi terintegra­si dengan teknologi moden.

Pada masa sama, forum itu mendapat kerjasama Quanta RegTech Capital (QRC) Group Plc.

Naib Canselor UM

Datuk Ir Dr Abdul

Rahim Hashim, berkata objektif utama untuk mempersemb­ahkan laporan kajian pengawal seliaan blockchain oleh penyelidik daripada Fakulti Undang-Undang dengan jalinan kerjasama pihak industri yang memberikan pandangan dan input berguna.

“Tujuan laporan ini disediakan adalah untuk merungkai isu kewajaran mengawal selia blockchain dalam memastikan ia mematuhi segala perundanga­n dalam sistem perbankan negara.

“Empat sesi perbincang­an turut diadakan membabitka­n topik teras kepada laporan itu, Initial Coin Offerings, Money Service Business, Data Protection and Consumer Rights in Blockchain technologi­es,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Nur Husna Zakaria, berkata pihaknya mengalu-alukan manamana pihak yang ingin memanfaatk­an inti pati daripada penyelidik­an berkenaan dalam membentuk dasar bagi mengawal selia blockchain di negara ini.

“Semua sektor perlu berganding bahu dan bekerjasam­a dengan kerajaan bagi membentuk dasar dan regulasi untuk memastikan kepentinga­n usahawan, pelabur dan masyarakat sentiasa dilindungi,” katanya,

Laporan mengenai pengawal seliaan blockchain itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Fakulti Perundanga­n, UMCoRS dan laman web QRC.

 ??  ?? PENYELIDIK ketika menyampaik­an pandangan ketika forum berlangsun­g.
PENYELIDIK ketika menyampaik­an pandangan ketika forum berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia