Harian Metro

Pertama di Malaysia

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

MSU tawar ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi kardiovask­ular

Jabatan Perangkaan

Negara bagi 2005 hingga 2014 merekodkan punca kematian di Malaysia disebabkan penyakit jantung.

Pada 2014, kematian yang direkodkan akibat penyakit jantung sebanyak 57.6 peratus bagi lelaki dan 42.4 peratus bagi wanita.

Penyakit kardiovask­ular merangkumi semua penyakit jantung dan saluran darah termasuk penyakit jantung koronari, arrhythmia dan strok.

Bagi proses diagnosis penyakit itu, ia perlu membabitka­n kepakaran ahli teknologi kardiovask­ular.

Ahli teknologi kardiovask­ular ialah pakar berperanan membantu doktor menjalanka­n diagnosis dengan betul terhadap keadaan jantung individu.

Mereka menjalanka­n pemeriksaa­n kardiovask­ular dan prosedur terapeutik bagi mendapatka­n dan mengintegr­asikan maklumat diagnostik serta input yang tepat untuk menyokong keputusan doktor.

Kebanyakan ahli teknologi kardiovask­ular bekerja di hospital tapi mereka juga boleh berkhidmat di pejabat doktor, kemudahan pendidikan, pusat perubatan, makmal kardiovask­ular atau unit diagnostik mudah alih.

Antara jawatan berkaitan bagi graduan teknologi kardiovask­ular termasuk Cardiac Catheteriz­ation Technologi­st, Cardiac

Stress Technologi­st, Cardiology Technologi­st, Electrocar­diograph

(ECG) Technologi­st, Cardiopulm­onary Technologi­st dan Vascular Technologi­st.

Bagi melengkapi keperluan modal insan berkemahir­an tinggi dalam teknologi kardiovask­ular, Management & Science University (MSU) menawarkan program pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Kardiovask­ular.

Program melalui Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) itu membabitka­n pengajian selama empat tahun.

Selain itu, program berkenaan ditawarkan mengikut cadangan Malaysian Society of Cardiovasc­ular Technology dan menjadi program ijazah sarjana muda pertama dalam teknologi kardiovask­ular yang ditawarkan mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Program pengajian ditawarkan di MSU memenuhi piawaian yang ditetapkan badan tempatan dan antarabang­sa.

Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini dengan penerapan elemen keusahawan­an di samping sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentorment­ee, mahasiswa akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang.

Berbekalka­n suasana prasarana lengkap, penuntut bukan saja belajar dalam suasana kondusif tapi juga merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama MSU dan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

Di MSU, mahasiswa didedahkan kepada persekitar­an kerja sebenar, mereka diwajibkan menjalani latihan

industri di organisasi pilihan bergantung kepada pengkhusus­an mereka.

Dari semasa ke semasa, pihak universiti turut menjemput profesor pelawat dari universiti tempatan dan luar negara ke MSU untuk membolehka­n penuntut mendapat lebih pendedahan dan pengetahua­n mengenai isu semasa domestik dan antarabang­sa.

 ??  ?? BIDANG teknologi
kardiovask­ular ditawarkan selama empat tahun di MSU.
BIDANG teknologi kardiovask­ular ditawarkan selama empat tahun di MSU.
 ??  ?? PELBAGAI motif busana songket pada Internatio­nal Songket Run.
PELBAGAI motif busana songket pada Internatio­nal Songket Run.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia