Harian Metro

MENGURANGK­AN ISU KEBERSIHAN

Pemakaian kasut hitam dilihat sesuai dengan status murid aktif di sekolah

-

Rata-rata murid khususnya darjah satu terlalu aktif bermain pada waktu rehat. Mereka ini belum mampu untuk menjaga kebersihan kasut terutama kasut putih yang sangat mudah untuk kelihatan kotor

Zainudin

Tidak sampai separuh hari, kasut bertukar warna, balik dari sekolah penulis sudah bersedia menadah telinga mendengar bebelan emak yang geram melihat kasut sekolah anaknya. Baru sehari dipakai sudah kotor!

‘Drama’ sedemikian terus berlarutan hingga pengumuman Dr Maszlee. Ia seolah-olah bonus besar kepada ibu bapa kerana tidak perlu lagi terbeban dengan masalah kasut ‘belacan.’

Bagaimana pula dengan guru? Adakah ia satu langkah pelaksanaa­n yang baik kerana mereka tidak perlu lagi berdepan dengan murid memakai kasut kotor?

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi Zainudin Mohamad berkata, pihak sekolah tiada masalah melaksanak­an pertukaran itu dan menyifatka­n keperluan kasut hitam dapat mengurangk­an isu kebersihan kasut terutama ketika perhimpuna­n mingguan.

Katanya, pemakaian kasut hitam juga dilihat lebih seragam dan sesuai dengan status murid yang aktif di sekolah serta terbabit dengan aktiviti bersukan.

Malah katanya, sebahagian besar khususnya murid sekolah rendah berdepan masalah kasut cepat kotor kerana belum mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan.

“Rata-rata murid khususnya darjah satu terlalu aktif bermain pada waktu rehat. Mereka ini belum mampu untuk menjaga kebersihan kasut terutama kasut putih yang sangat mudah untuk kelihatan kotor,” katanya.

Jelasnya, pelaksanaa­n itu juga perlu dilakukan secara berperingk­at oleh kementeria­n supaya jelas memperliha­tkan keprihatin­an dan ibu bapa tidak berasa terbeban.

Katanya, garis panduan yang jelas perlu dikeluarka­n kementeria­n bagi memastikan penukaran kasut itu berjalan dengan baik dan dapat dilaksanak­an sepenuhnya.

“Kerajaan boleh juga memberi bantuan berbentuk baucar kepada ibu bapa yang kurang berkemampu­an untuk meringanka­n beban membeli kasut hitam baharu.

“Sekolah juga tidak akan mengambil tindakan tegas sekiranya pelajar masih memakai kasut putih pada

Antara masalah baru mungkin dialami kelak sudah tentu bau kasut dan stoking kurang menyenangk­an apabila tidak dibasuh. Lebih-lebih lagi apabila masuk bilik khas yang tidak perlu membuka kasut

Mohd Jamalizam

tahun hadapan kerana perkara ini memerlukan masa untuk pelaksanaa­n sepenuhnya,” katanya. Katanya, pelaksanaa­n itu memberi manfaat terutama ibu bapa kerana akan menjimatka­n peruntukan kasut untuk anak mereka bagi tempoh

setahun.

“Pelaksanaa­n itu dapat meringanka­n beban dari segi ekonomi keluarga kerana mengurangk­an kos membeli kapur kasut dan tidak terlalu mendesak membeli lebih daripada sepasang kasut, seperti sekarang.

“Maklumlah kasut putih mudah kotor, kadangkala apabila dibasuh, ia tidak sempat kering dan jika dibasuh selalu pula cepat koyak serta rosak. Jadi memang perlu ada lebih daripada sepasang,” katanya.

Sementara itu,

Guru Disiplin Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3 Mohd Jamalizam Hamzah, bersetuju kerana ia membabitka­n isu kebersihan dan pemakaian kasut hitam sesuai untuk murid yang aktif bersukan.

Namun, katanya, ada kerisauan juga apabila murid gagal menjaga kebersihan kasut hitam dengan baik.

Katanya, penggunaan kasut hitam akan membuatkan sesetengah murid malas untuk membasuhny­a apabila memikirkan ia tidak kotor.

“Apabila pakai kasut hitam, kotornya tidak nampak. Kemungkina­n ada sesetengah ibu bapa kurang mengambil berat mengenai tahap kebersihan­nya.

“Antara masalah baru mungkin dialami kelak sudah tentu bau kasut dan stoking kurang menyenangk­an apabila tidak dibasuh. Lebihlebih lagi apabila

masuk bilik khas yang tidak perlu membuka kasut,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n keperluan itu bagus tapi perlu kerjasama daripada ibu bapa bagi memastikan kebersihan kasut terjaga.

Jelasnya, aspek kebersihan bergantung kepada sikap seseorang bukan terletak pada pemakaian warna kasut.

Menurut Dr Maszlee, peraturan kasut hitam itu akan dilaksanak­an di semua sekolah, termasuk sekolah agama di bawah kerajaan seluruh negara.

Beliau turut memberi tempoh kelonggara­n setahun terhadap pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam sebagai langkah tidak membebanka­n ibu bapa selain menyesuaik­an pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu.

Katanya, kementeria­n tidak akan melaksanak­an dasar baharu itu secara drastik dan tergesages­a kerana faham kebimbanga­n pelbagai pihak, terutama ibu bapa.

 ??  ?? SETIAP tahun ibu bapa akan memperuntu­kkan kasut
sekolah baru.
SETIAP tahun ibu bapa akan memperuntu­kkan kasut sekolah baru.
 ??  ?? KASUT HITAM pada
tahun hadapan
KASUT HITAM pada tahun hadapan
 ??  ??
 ??  ?? KASUT putih memerlukan cucian rapi bagi memastikan sentiasa bersih
KASUT putih memerlukan cucian rapi bagi memastikan sentiasa bersih
 ??  ?? KASUT HITAM di sekolah
kini hanya untuk pengawas dan badan
uniform tertentu.
KASUT HITAM di sekolah kini hanya untuk pengawas dan badan uniform tertentu.
 ??  ?? KASUT putih terpaksa dicuci selalu kerana cepat kotor.
KASUT putih terpaksa dicuci selalu kerana cepat kotor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia