Harian Metro

PENYELAMAT GAYA

-

formal pada saat akhir.

Contohnya, jika anda sekadar memakai baju-T kolar bulat, dengan adanya blazer, ia sedikit sebanyak menutup gaya kasual sekali gus menjadikan pemakai kelihatan lebih kemas.

Untuk itu, pastikan blazer ada di dalam simpanan ada dan sebagai alternatif, anda boleh mendapatka­nnya di kedai bundle berbanding butik kerana harga di situ jauh lebih murah!

2. BAJU SEJUK DAN JAKET KULIT

Ini satu lagi item wajib ada di dalam beg pakaian terutama jika anda bercadang ke tempat berhawa dingin misalnya pusat beli-belah.

Tanpanya, anda akan kesejukan terutama jika menonton wayang memandangk­an tempoh tayangan yang panjang.

Di samping itu, pemakaian jaket kulit atau baju sejuk juga menyerlahk­an gaya anda walaupun sekadar memadankan­nya dengan baju-T di bahagian dalam, denim dan sniker.

3. SNIKER

Berbanding sniker, kasut tumit tinggi lebih menyerlahk­an ciri feminin jadi tidak hairanlah jika ada gadis yang terlalu obses dengannya.

Namun, ia tidak praktikal dipakai untuk jangka masa lama malah lebih teruk apabila boleh menyebabka­n kaki melecet.

Bagi mengelakka­n ia berlaku, bawa sniker bersama supaya anda boleh menggantik­an kasut tumit tinggi dengannya apabila perlu.

Nampak leceh tetapi pemakaian sniker adalah lebih selesa terutama

ketika sedang mengembara! dan keluarga.

Dengannya, anda boleh melindungi muka daripada sinaran ultra ungu (UV) dan ia juga langkah selamat jika malas untuk mendandan rambut.

Gayakan saja bersama baju-T dan denim atau jika mahu kelihatan lebih bergaya, sarungkan jaket bomber di bahagian luar.

Menariknya, gadis berhijab juga boleh memakai topi dengan syarat bijak untuk menggayaka­nnya!

5. KARDIGAN

Selain jaket, kardigan antara yang menjadi pilihan untuk digayakan tidak kira lelaki mahupun wanita.

Malah, banyak pilihan warna dan corak kardigan terdapat di pasaran dan ada juga rekaan yang mengambil inspirasi daripada kimono.

Namun, di samping menjadi pelengkap gaya, kardigan juga boleh menjadi penyelamat terutama untuk gadis yang mahu menutup bahagian pinggul.

Untuk itu, pastikan kardigan ada di dalam koleksi pakaian anda dan jangan khuatir kerana ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian dan kasut tidak kira sniker, but atau tumit tinggi.

 ??  ?? KARDIGAN labuh alternatif untuk menutup bahagian
pinggul.
KARDIGAN labuh alternatif untuk menutup bahagian pinggul.
 ??  ?? BLAZER alternatif penyelamat untuk ke majlis formal.
BLAZER alternatif penyelamat untuk ke majlis formal.
 ??  ?? BAJU sejuk dan jaket kulit untuk keselesaan ketika di tempat bersuhu dingin.
BAJU sejuk dan jaket kulit untuk keselesaan ketika di tempat bersuhu dingin.
 ??  ?? PEMAKAIAN sniker pilihan bagi menggantik­an kasut tumit tinggi ketika perjalanan jauh.
PEMAKAIAN sniker pilihan bagi menggantik­an kasut tumit tinggi ketika perjalanan jauh.
 ??  ?? TOPI langkah selamat jika malas mendandan rambut.
TOPI langkah selamat jika malas mendandan rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia