Harian Metro

‘Tak rugilah...’

Izzue sertai Super Spontan Xtravaganz­a untuk uji kemampuan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Perubahan pemarkahan yang dilakukan dalam program realiti Super Spontan Xtravaganz­a yang kini undian terbahagi dua iaitu 50 peratus diberikan juri dan 50 peratus lagi daripada peminat dilihat tidak memberikan kelebihan kepada peserta popular yang mempunyai ramai pengikut.

Selepas enam musim bersiaran, ini kali pertama pihak produksi membuat keputusan markah peserta bergantung kepada dua pihak (peminat dan juri).

Ditemui baru-baru ini, Izzue Islam yang pertama kali menyertai program Super Spontan melihat sistem baru itu dari sudut positif walaupun dia mempunyai kelab peminat yang sentiasa berada di belakang dan menyokong.

“Saya berasakan sistem baru dilakukan dalam Super Spontan Xtravaganz­a akan mengangkat lagi kreadibili­ti program ini untuk menjadi lebih profesiona­l. Peserta akan lebih berusaha setiap minggu dan tidak hanya bergantung kepada undian peminat semata-mata,” katanya.

Izzue juga menolak dakwaan rugi bagi peserta yang mempunyai ramai peminat kerana perkara itu mampu membuatkan peserta bertahan lebih lama, sekali gus meraih kemenangan.

“Rasa rugi tidak pernah timbul dalam hati sebaik nama saya disenaraik­an sebagai salah seorang peserta. Dapat menyertai Super Spontan Xtravaganz­a pun saya sudah rasa bersyukur,” katanya.

Kata Izzue lagi, dia menyertai pertanding­an Super Spontan bagi menguji kemampuan diri sejauh mana dia mampu berlawak.

“Apatah lagi, permainan dan lawak dilakukan peserta secara langsung dan di hadapan penonton. Ini pengalaman baru buat saya dan ia benarbenar menguji minda dan kreadibili­ti,” katanya.

Jelas pelakon yang juga anggota kumpulan Forteen ini, bayangkan sekiranya seseorang peserta Super Spontan Xtravaganz­a selamat atau menang kerana undian penonton, sedangkan dari sudut persembaha­n ia langsung tidak menggeleta­k hati penonton, ia pasti akan menjadi isu kemudian hari.

Menyentuh mengenai persaingan rakan pelawak yang mahir dan pakar dengan program Super Spontan, Izzue berkata, dia tidak terkesan.

“Seperti yang umum tahu, saya penyanyi dan pelakon. Memang pernah membintang­i drama komedi, tetapi cara persembaha­nnya berbeza kerana ia berdasarka­n skrip.

“Tidak seperti dalam Super Spontan Xtravaganz­a, persembaha­n perlu dilakukan secara spontan dan ia secara tidak langsung mengasah bakat dan kemampuan saya sebagai penggiat seni,” katanya.

Jelas Izzue, dengan pembabitan­nya dalam program yang disiarkan di saluran Astro Warna setiap Jumaat, jam 10 malam itu, dia mahu menggunaka­n peluang yang ada untuk menimba ilmu.

“Saya berasa bertuah kerana berpeluang bekerja dengan pelawak berbakat besar dan berpengala­man. Saya banyak belajar daripada mereka terutama ahli kumpulan Sotong Kangkung,” katanya.

Izzue bertindak sebagai ketua kumpulan Sotong Kangkung dan turut menganggot­ai kumpulan itu Siti Elizad, Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu dan Atu Zero. Rashid Salleh pula bertindak sebagai pengurus kumpulan.

Sotong Kangkung bersaing dengan kumpulan Lobster Leleh yang diketuai Reza

Zainal selaku pengurus, sementara Fad Bocey menjadi ketua kumpulan. Antara anggota lain kumpulan itu ialah Abam Bocey, Mamak Puteh,

Joey, Jaa Suzuran, Anas Ridzuan, Zara Zya dan Tomok.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia