Harian Metro

Tak mahu bangsawan ditelan zaman

-

untuk mementaska­n Dendam Laksamana.

“Untuk pengetahua­n semua, bangsawan adalah satu corak kesenian pementasan yang sangat lengkap kerana ia menggabung­kan semua elemen seni yang ada iaitu lakonan, tarian, nyanyian sehinggala­h kostum dan rekaan pentas,” katanya.

Jelas Pat, apa yang dilakukan menerusi Dendam Laksamana adalah cuba mengangkat tinggi pentas teater dengan memberikan kelebihan dari sudut teknikal.

“Saya faham pengkaji bangsawan berasakan perubahan yang dilakukan itu merosakkan keaslianny­a. Namun, sebagai penggiat saya tidak mahu bangsawan mati ditelan arus. Begitu juga dengan paparan watak dan pengucapan dialog.

“Saya tidak mengubah semua sebaliknya dalam perubahan dibuat, elemen dan ciri utama bangsawan Dendam Laksamana saya cuba kekalkan. Perubahan dalam penceritaa­n juga dibuat bagi memastikan ia menarik dan penuh drama.

“Perubahan perlu dilakukan agar bangsawan dilihat cukup gah apabila dipentaska­n dan mampu menarik perhatian umum untuk datang menyaksika­nnya,” katanya.

Sewaktu dipentaska­n buat pertama kali November lalu, Dendam Laksamana mendapat sambutan hangat dan disebabkan itu juga

Pat Ibrahim menerusi produksiny­a Pat Ibrahim Project Entertainm­ent membawa drama bangsawan itu menjelajah seluruh Malaysia di bawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala lebih besar: Jeyarawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018.

Pat Ibrahim Project Entertainm­ent (PIPE) turut mendapat sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan membabitka­n lapan negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Menjelaska­n mengenai perancanga­n terbaru, Jeyarawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB2018) diadakan untuk memperkasa seni persembaha­n, kebudayaan dan warisan dalam konteks bangsawan melalui empat komponen di dalamnya terdiri dari forum, pameran, jualan, bengkel serta persembaha­n pentas.

Misi JPBWB2018 ialah untuk memelihara warisan dan budaya. Projek debut PIPE, bangsawan Dendam Laksamana membawa kembali kemuliaan dan era bangsawan yang megah. Produksi ini turut membawa penonton ke pemandanga­n Johor lama, kira-kira 318 tahun lalu.

Jerayawara ini bakal menjelajah

Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan akan berakhir di Kuala Lumpur.

Bangsawan Dendam Laksamana cerita dari mata penulis berdasarka­n halaman Tuhfat Al Nafis yang mengisahka­n Sultan Mahmud Syah II dibunuh Laksamana Bentan bagi menuntut bela kematian isterinya Wan Anum.

Sultan murka apabila Wan Anum yang hamil makan nangka miliknya maka tanpa belas ehsan membunuh wanita itu ketika ketiadaan Laksamana Bentan. Kisah ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Dendam
Laksamana.
ANTARA babak dalam Dendam Laksamana.
 ??  ?? Perubahan perlu dilakukan agar bangsawan dilihat cukup gah apabila dipentaska­n dan mampu menarik perhatian umum
Perubahan perlu dilakukan agar bangsawan dilihat cukup gah apabila dipentaska­n dan mampu menarik perhatian umum
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia