Harian Metro

Pantang nampak ‘anak ikan jambu’...

-

Nama penyanyi lelaki ini tidak perlu diperkenal­kan lagi. Sebut sahaja namanya satu Malaysia kenal. Tidak sekadar memiliki suara sedap, tetapi personalit­i yang lemah lembut membuatkan orang sekeliling menyukainy­a.

Namun, seperkara yang tidak terlepas daripada orang terus bercakap mengenai dirinya adalah sikap penyanyi itu yang suka ‘mencuba’ artis lelaki lain.

Pendek kata, pantang nampak penyanyi baru lelaki jambu atau ‘anak ikan’ dia menjadi orang pertama yang ingin mencuba nasib.

Baru-baru ini rakan SS bercerita, dia kerap menghantar mesej dan menulis komen berbaur lucah di Instagram milik penyanyi lelaki yang sedang mencipta nama.

Boleh dikatakan, setiap kali penyanyi baru itu memuat naik gambar dia menjadi orang pertama yang ‘like’ dan komen. Tidak cukup dengan itu, dia turut menghantar mesej peribadi.

Jika sekali dua, mungkin okey lagi, tetapi ia terlalu kerap hingga membuatkan penyanyi baru itu naik rimas dan rasa mual.

Kata rakan SS lagi, mujur penyanyi baru itu bukan jenis melayan atau mudah termakan pujuk rayu. Kalau tidak, mungkin penyanyi baru itu sudah ‘layu’ dalam dakapan penyanyi ini.

Selepas percubaan gagal, penyanyi ini khabarnya beralih kepada artis lelaki lain pula. Selagi tidak dapat, selagi itu dia terus mencuba. Sama ada ingin menumpang populariti atau berniat untuk melampiask­an nafsu semata-mata, hanya penyanyi ini sahaja tahu.

SS: Pasangan pelakon mengaku hanya berkawan, tetapi erat berpeganga­n tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia