Harian Metro

PR busuk hati!

-

Tindakan dua penyanyi wanita popular yang tidak menyambung kontrak dengan syarikat rakaman mereka terjawab apabila ia berpunca daripada sikap busuk hati Pegawai Perhubunga­n Awam (PRO) syarikat itu.

Menurut rakan SS, kalau ikutkan kedua-dua penyanyi wanita itu masih ingin bersama syarikat terbabit, tetapi disebabkan campur tangan PRO itu yang menghasut majikan membuatkan mereka nekad untuk tidak bernaung dalam syarikat itu lagi.

Apa yang lebih mengejutka­n, PR itu pula seorang yang tidak profesiona­l kerana menjadikan isu peribadi sebagai senjata untuk menyingkir­kan dua penyanyi wanita terbabit.

Risik punya risik, ruparupany­a PR itu sentap dengan tindakan seorang daripada penyanyi wanita itu yang mengkritik penyanyi lelaki yang bernaung dalam syarikat berkenaan. Apatah lagi, penyanyi lelaki itu pula kesayangan PR berkenaan.

Jadi, apabila artis kesayangan dihentam, PR itu pula yang terasa. Orang kata, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Tindakan penyanyi wanita itu mengundang dendam kesumat.

Kata rakan SS lagi, PR itu pula jenis pilih kasih, tidak menyenangi penyanyi wanita yang bernaung dalam syarikat itu. Ada sahaja yang tidak kena hingga dijadikan masalah besar.

Malah, PR itu juga tidak sesekali mengendahk­an keperluan penyanyi wanita yang memerlukan khidmatnya. Dia hanya lebihkan artis lelaki terutama kesayangan­nya. Apa sahaja sanggup diberikan demi kepentinga­n peribadi.

SS: Rezeki ada di mana-mana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia