Harian Metro

Eyakinan cca

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Puas hati jadi sebahagian francais Mission: Impossible apabila tenaga produksi percayakan bakatnya

Aktres kelahiran Sweden, Rebecca Ferguson, 34, yang membintang­i francais terbaru Mission: Impossible sentiasa memastikan dirinya dilayan secara adil di set penggambar­an.

Ia termasuk diberi lebih ruang ketika menjiwai watak mahupun melakukan aksi lagak ngeri.

Banyak perkara berubah dalam isu gender tahun ini dan dia yakin mampu meneroka dunia lakonan dengan lebih luas.

Memegang watak sebagai ejen MI6 bernama Ilsa Faust, wanita ini sudah mencipta ruang unik untuk diri sendiri dalam filem itu dengan mengangkat graviti emosi serta aksi yang sama tahap dengan pelakon utamanya, Tom Cruise.

“Apa yang berlaku hari ini sangat hebat. Bukankah sudah tiba masa pelakon wanita dilayan sama rata dengan pelakon lelaki apabila menjayakan filem aksi?,” kata Rebecca.

Aktres ini mengakui bertuah menjadi sebahagian francais Mission: Impossible dan berpuas hati apabila tenaga produksi mempercaya­i bakatnya.

“Saya sudah merasai pengalaman hebat ini dalam Rouge Nation walaupun tidak ramai pelakon wanita.

“Saya dilayan sama adil dengan pelakon lelaki dan akan pastikan keadaan ini berterusan,” katanya.

Rebecca yang mencipta nama menerusi filem The Greatest Showman berharap berlaku perubahan dalam dunia perfileman Hollywood selepas insiden skandal Harvey Weinstein yang mengejutka­n banyak pihak sekali gus mencipta revolusi dalam politik gender.

Katanya, sudah tiba masanya industri hiburan berubah walaupun ia mengambil masa yang lama dan ada pasang surut.

Dalam siri terbaru MI6, beberapa nama baru muncul seperti Henry

Cavill, Vanessa Kirby dan Angela Basset tetapi Rebecca tidak khuatir dengan kedudukann­ya dalam naratif.

“Saya tidak pernah rasa perlu bersaing untuk mendapatka­n tempat. Saya hanya terima apa diberikan kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana sesebuah naskhah itu dipersemba­hkan.

“Bagi saya tidak perlu pelakon ‘tunjuk taring’ semata-mata mahu mendapatka­n lebih masa muncul di layar. Kalau kita bagus, pasti diberi lebih ruang dan tak perlu sampai terdesak menonjolka­n apa yang kita ada,” katanya.

Katanya, paling penting adalah mencipta arca yang menarik untuk watak dan masa sama bersatu dengan watak lain.

Apatah lagi filem terbarunya ini ditulis ‘tukang cerita’ yang hebat dan apabila bekerja dengan penulis lakon layar serta pengarah, pelakon sepatutnya yakin dengan mereka.

Kadangkala pelakon akan melakukan sedikit perubahan dan ada ketikanya pengarah akan potong mana yang perlu untuk kebaikan karya itu.

“Satu-satunya cara untuk menjadikan karakter menarik adalah dengan memberikan nyawa kepadanya. Kita tidak boleh berfikiran cetek dan berharapka­n babak aksi, pakaian atau solekan semata-mata.

“Sangat penting untuk menyuntik emosi yang jujur ke dalam watak dan itulah yang dilakukan Tom selama ini,” kata Rebecca.

 ??  ?? Apa yang berlaku hari ini sangat hebat. Bukankah sudah tiba masa pelakon wanita dilayan sama rata dengan pelakon lelaki apabila menjayakan filem aksi?
Apa yang berlaku hari ini sangat hebat. Bukankah sudah tiba masa pelakon wanita dilayan sama rata dengan pelakon lelaki apabila menjayakan filem aksi?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia