Harian Metro

Dosa bunga-bunga

- Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

 Pelanggan disyarat beli kalungan sebelum disajikan tarian lucah

Disyaratka­n membeli kalungan bunga dengan bayaran tertentu sebelum disajikan tarian lucah dan layanan ghairah oleh pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Itu taktik sebuah pusat hiburan, di sini, sejak beberapa bulan lalu bagi menarik pengunjung yang ingin mendapatka­n layanan istimewa wanita warga Vietnam.

Bagaimanap­un, kegiatan tidak bermoral itu berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan menerusi Ops Mega 3.0 dijalankan jam 2 pagi semalam.

Dalam operasi itu, seramai 34 wanita warga Vietnam berkerja sebagai GRO ditahan bersama tiga lelaki Vietnam dan dua lelaki Bangladesh yang sedang berhibur di premis berkenaan.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi itu bermula jam 2 pagi dan berakhir jam 5 pagi.

“Menerusi maklumat diterima serta risikan JIM, pusat hiburan berkenaan sudah menawarkan kegiatan tidak bermoral berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Jadi, atas maklumat itu, kita melakukan serbuan dan berjaya menahan 39 warga asing terdiri daripada 34 wanita warga Vietnam, tiga lelaki Vietnam dan dua lelaki Bangladesh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mustafar berkata, selain tarian lucah dan layanan ghairah, GRO terbabit dipercayai turut menawarkan layanan seks kepada pelanggan yang berminat.

“Kita percaya kumpulan GRO itu turut menawarkan khidmat seks kepada pengunjung dengan bayaran tertentu yang dipersetuj­ui bersama.

“Khidmat seks itu dipercayai dilakukan di hotel berdekatan atau di mana-mana lokasi dipersetuj­ui pelanggan berikutan pusat hiburan terbabit tidak menyediaka­n bilik khas,” katanya.

Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia