Harian Metro

‘Saya minum sikit saja tuan’

-

Melaka: “Tolong tuan, saya hanya minum (arak) sedikit saja tak sampai dua botol, malah tidak mabuk pun,” kata remaja lelaki yang disyaki mabuk ketika ditahan dalam sekatan jalan raya Op Pencegahan Samseng Jalanan di Jalan Munshi Abdullah di sini, semalam.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu ditahan jam 3.15 pagi selepas polis mendapati dia menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

Ketika ditahan, remaja itu memberi pelbagai alasan, malah dia juga mengganggu beberapa anggota polis trafik supaya dibebaskan dan dibenarkan pulang kerana bimbang dimarahi ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah itu dijalankan lebih lima jam dan berakhir jam 4.30 pagi bagi mengekang gejala samseng jalanan yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu, 200 kenderaan diperiksa dan 108 saman dikeluarka­n kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menempah maut apabila menunggang dan memandu dalam keadaan mabuk selepas dipercayai mengambil minuman keras.

Itu tindakan berbahaya empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun yang ditahan dalam Op Tutup dan Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kerana menunggang motosikal dan memandu dalam keadaan mabuk, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Superinten­dan Sarifudin Mohd Salleh berkata, tiga ditahan dalam operasi di Jalan Raja Laut, manakala remaja 14 tahun itu ditahan dalam operasi di Lebuhraya DUKE.

“Semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 44 tahun dan dua daripadany­a pemandu kereta, manakala dua lagi penunggang motosikal termasuk remaja lelaki berusia 14 tahun itu.

“Pemeriksaa­n mendapati remaja terbabit bukan saja menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, malah belum layak untuk memiliki lesen memandu,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Katanya, keempat-empat mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu mengendali­kan kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Dalam pada itu, tujuh penunggang motosikal berusia antara 15 hingga 22 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya dengan gaya ala Superman dan berlumba.

“Kami turut menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Selain itu, kami turut menyita lima motosikal dan 37 kereta yang diubah suai tanpa mengikut spesifikas­i dibenarkan termasuk memasang ekzos yang mengeluark­an bunyi bising,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) ke atas semua kenderaan yang disita itu dibuat hari ini.

Beliau berkata, 186 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh serta nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i.

Dua operasi yang dijalankan serentak bermula jam 1 pagi itu dilaksanak­an enam pegawai dan 65 anggota JSPT Kuala Lumpur.

Sebanyak 235 motosikal dan 180 kereta diperiksa dalam operasi yang berakhir jam 5.30 pagi.

 ?? Sarifudin Mohd Salleh ?? ANGGOTA polis trafik memeriksa lesen memandu penunggang motosikal. Remaja terbabit bukan saja menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, malah belum layak untuk memiliki lesen memandu”
Sarifudin Mohd Salleh ANGGOTA polis trafik memeriksa lesen memandu penunggang motosikal. Remaja terbabit bukan saja menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, malah belum layak untuk memiliki lesen memandu”
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik menjalanka­n pemeriksaa­n dalam Op Pencegahan Samseng Jalanan di Jalan Munshi Abdullah, semalam.
ANGGOTA polis trafik menjalanka­n pemeriksaa­n dalam Op Pencegahan Samseng Jalanan di Jalan Munshi Abdullah, semalam.
 ??  ?? SARIFUDIN (tengah) menunjukka­n kereta yang diubah suai.
SARIFUDIN (tengah) menunjukka­n kereta yang diubah suai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia