Harian Metro

Mayat tanpa kepala dipercayai mangsa bunuh

-

Mayat lelaki tanpa kepala yang ditemui di kawasan hutan Kampung Payaan, dekat sini, Rabu lalu, disyaki dibunuh susulan penemuan beberapa kesan tembakan pada badannya.

Mayat Ramlin Mamat, 42, ditemui kira-kira jam 1 tengah hari dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh anaknya selepas curiga mangsa tidak pulang sejak keluar ke kebun lebih seminggu sejak 17 Julai lalu.

Menurut sumber, mangsa dikatakan pergi ke kebun seorang diri dan memaklumka­n kepada anak lelakinya akan pulang pada 21 Julai.

“Sehingga 25 Julai, mangsa tidak pulang menyebabka­n anaknya pergi ke kebun dan terkejut menemui mayat bapanya dalam keadaan tertiarap tanpa kepala.

“Kepala mangsa ditemui berhampira­n badannya. Turut ditemui selaras senapang buatan sendiri jenis bakakuk berdekatan mangsa dipercayai miliknya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mayat mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah dengan bantuan beberapa ahli keluarga sebelum dibawa ke hospital.

“Hasil bedah siasat di Hospital Queen

Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu menemui beberapa kesan tembakan di bahu dan dada mangsa. Selain itu ada beberapa kesan luka di tubuhnya dipercayai akibat gigitan haiwan liar selepas mangsa meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah

Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia