Harian Metro

Guru cabul janji jawatan pengawas

-

Kulai: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Kulai di sini, menjadi mangsa cabul gurunya yang sebelum itu mendakwa pelajar tingkatan tiga itu layak menjadi pengawas.

Pelajar berusia 15 tahun itu menjadi mangsa cabul guru bahasa Inggeris terbabit dalam dua kejadian berasingan, April lalu.

Mangsa didakwa dicabul dalam sebuah bilik di sekolah itu pada 11 April dan 11 hari kemudian, dia dicabul sekali lagi di rumah guru terbabit.

Menurut sumber, dalam kejadian pertama, mangsa dipaksa guru berkenaan membuka pakaiannya sebelum dicium.

“Guru terbabit kemudian memberitah­u mangsa layak menjadi pengawas.

“Guru lelaki itu sekali lagi mengulangi perbuatan terbabit terhadap mangsa di rumahnya pada 22 April lalu,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini tidak berani mendedahka­n perbuatan terkutuk guru terbabit namun selepas mendapat tahu guru itu bercuti tanpa gaji selama sebulan, dia memberitah­u pihak sekolah, Khamis lalu.

“Pihak sekolah menasihati pelajar berkenaan membuat laporan polis dan mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar ketika ditemui mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kami mengesan suspek yang dipercayai bercuti di Kuala Lumpur. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. “Mangsa dirujuk ke hospital bagi pemeriksaa­n perubatan,” katanya.

 ?? Dzulkhairi Mukhtar ?? Kami mengesan suspek yang dipercayai bercuti di Kuala Lumpur”
Dzulkhairi Mukhtar Kami mengesan suspek yang dipercayai bercuti di Kuala Lumpur”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia