Harian Metro

Tiada sekolah ditutup

-

Melaka: Jabatan Pendidikan Melaka mengesahka­n tiada sekolah, prasekolah dan kelas ditutup setakat ini walaupun 38 murid dan pelajar daripada 28 sekolah di negeri ini dijangkiti kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Pendidikan negeri Abu Bakar Sahari berkata, pihak sekolah di tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin membuat laporan terbabit ke Unit Hal Ehwal Murid (HEM) jabatan dengan catatan jumlah kes berkenaan setakat jam 4 petang, Khamis lalu.

Beliau berkata, 21 murid dijangkiti HFMD di 15 sekolah rendah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, tujuh murid di enam sekolah rendah PPD Alor Gajah serta 10 murid dan pelajar masing-masing di enam sekolah rendah serta satu sekolah menengah PPD Jasin.

“Pengurusan sekolah juga diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan dikeluarka­n pejabat kesihatan daerah masing-masing.

“Semua warga sekolah termasuk guru, murid dan pelajar di negeri ini perlu meningkatk­an kebersihan terutama dalam soal kebersihan peribadi supaya wabak seperti HFMD dapat dibendung,” katanya, semalam.

Sementara itu, EXCO Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata, bilangan kes HFMD dilaporkan di seluruh negeri ini sehingga Khamis lalu meningkat kepada 612 kes atau 72.1 peratus, berbanding tahun lalu.

Seramai 15 lagi penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disyaki dijangkiti Influenza Like-Illness (ILI) menjadikan jumlah pelajar yang dikuaranti­n sehingga semalam meningkat kepada 25 orang.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, semua penuntut terbabit diarah dikuaranti­n selama tujuh hari bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

“Pihak Kesihatan UniMAP mengambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat 15 penuntut dikesan mengalami gejala ILI selepas 10 pelajar dikesan sebelum ini.

“Sehingga kini jumlah keseluruha­n penuntut yang dikuaranti­n

 ??  ?? ABU Bakar
ABU Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia