Harian Metro

30 tahun simpan

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Tindakan berani seorang warga Indonesia cuba menukar kad pengenalan palsu miliknya kepada kad pengenalan berprestas­i tinggi MyKad di pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Jumaat lalu memakan diri apabila ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu.

Lelaki berusia 64 tahun itu memiliki kad pengenalan terbabit hampir 30 tahun lalu sebelum dia ditahan di pejabat jabatan berkenaan.

Difahamkan, suspek, Muhammad Ali berasal dari Bengkalis, Indonesia memasuki negara ini pada 1981.

Ketua Bahagian Penguatkua­saan JPN negeri Mohd Nasrom Yusof berkata, siasatan awal mendapati suspek membeli kad pengenalan palsu itu di Jasin daripada rakannya pada 1990.

“Kad pengenalan berkenaan dibeli pada harga RM500 pada 1990 dan juga digunakan oleh suspek untuk bernikah dengan wanita tempatan pada 2005.

“Siasatan turut mendapati suspek tidak pernah menggunaka­n kad pengenalan palsu itu untuk kegunaan lain, selain bernikah,” katanya dihubungi, semalam.

Mohd Nasrom berkata, sebelum ditahan suspek ditemani isterinya yang juga warga tempatan berusia 58 tahun ke kaunter membuat dan menukar kad pengenalan.

“Bagaimanap­un, bahagian itu menyemak dan gagal menemui rekod pengenalan diri suspek lalu merujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan sebelum ditahan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku warga Indonesia dan menggunaka­n kad pengenalan palsu namun semua butiran diri dalam kad pengenalan itu menggunaka­n nama asalnya, Muhammad Ali,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula semalam dan perintah reman dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Majistret, Teoh Shu Yee.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Jabatan

 Lelaki warga Indonesia nikah wanita tempatan ditahan cuba perbaharui kad pengenalan palsu

Agam Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani berkata, pihaknya akan merujuk kepada JPN untuk menjalanka­n siasatan.

“Walaupun kes itu (pernikahan) berlaku kira-kira 13 tahun lalu apabila suspek bernikah dengan warga tempatan pada 2005, kita memandang berat penggunaan dokumen palsu,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD dibawa untuk perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
MUHAMMAD dibawa untuk perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia