Harian Metro

Gagal bertahan lepas terjun

-

Tinggi: Kedalaman pantai dan permukaan tanah tidak rata selain keadaan gelap dipercayai punca pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipaksa terjun daripada bot pancung untuk ke daratan tidak dapat bertahan sehingga ada yang mati lemas.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kapten Martim Sanifah Yusof berkata, semua 24 PATI yang dipercayai dari Batam, Indonesia itu dipaksa terjun daripada bot selepas tekongnya tidak boleh memberhent­ikan bot pancung berhampira­n darat akibat air surut.

“Tekong bot memberhent­ikan bot di satu tempat dipercayai jaraknya antara 100 meter hingga 500 meter dari darat.

“PATI kemudian diarahkan terjun dan berjalan atau berenang ke darat, tetapi memandangk­an pantai ini kedalamann­ya berbeza dan dalam keadaan gelap, mereka terpaksa redah.

“Yang pandai berenang mungkin boleh bertahan, tetapi tidak bagi yang lain,” katanya pada sidang media di Tanjung Penyusup di sini, semalam.

Kelmarin, APMM Johor menyelaras­kan operasi mencari dan menyelamat (SAR) PATI yang dibawa masuk dari Indonesia ke negeri ini oleh sebuah bot pancung yang ada antara mereka dipercayai hilang atau lemas.

Sehingga semalam, lima PATI ditemui masih hidup, manakala lima mayat ditemui lemas dan 14 masih hilang.

“Kelmarin, kita menerima maklumat lima PATI ditemui di pantai dalam keadaan letih selepas penat berenang dan sebaik operasi dilancarka­n, dua mayat lelaki dan satu mayat wanita ditemui di perairan ini.

“Operasi SAR semalam menemui dua lagi mayat dipercayai berusia antara 20 hingga 50 tahun seorang wanita yang ditemui di perairan Teluk Ramunia pada jam 9.50 pagi, manakala satu mayat lelaki ditemui jam 11.10 pagi di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tanjung Penyusup di sini,” katanya.

Beliau berkata, lokasi pencarian kini diperluask­an ke 80 batu nautika persegi sehingga ke Teluk Ramunia dengan menfokuska­n kawasan pantai memandangk­an semua mayat yang ditemui setakat ini sudah dihanyutka­n ke arah pantai.

Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain penduduk dan nelayan tempatan.

 ??  ?? MAYAT dua PATI ditemui di pantai di Teluk Ramunia dan Tanjung Penyusup, semalam.
MAYAT dua PATI ditemui di pantai di Teluk Ramunia dan Tanjung Penyusup, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia