Harian Metro

Tinggal haram hingga beranak-pinak

-

Subang Jaya: Masuk ke negara ini secara haram sejak 13 tahun lalu tanpa sebarang dokumen dan kini mempunyai empat anak lelaki berusia tiga bulan sehingga enam tahun.

Itu pengakuan warga Indonesia dikenali sebagai Hassanuddi­n, 47, ketika dia dan keluargany­a ditangkap dalam sebuah rumah oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen menerusi operasi bersepadu di Taman Subang Mas di sini, semalam.

Hassanuddi­n yang berasal dari Sulawesi mengakui memasuki Malaysia pada 2005 sebelum berkahwin dengan isterinya tiga tahun kemudian di negara ini.

Katanya, keempat-empat anak lelakinya lahir di rumah yang disewanya itu tanpa mendapatka­n sebarang rawatan di hospital.

“Daripada bujang sampai sudah ada anak belum pernah ditangkap, mungkin kerana saya kerja syif malam dengan pendapatan kira-kira lebih RM1,000 sebulan.

“Kami semua tiada dokumen pengenalan diri, pasport juga tiada, ingin juga pulang ke kampung tapi dengan anak-anak kosnya sangat tinggi,” katanya.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi di beberapa blok kediaman rumah kedai itu turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Pelbagai gelagat pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat disaksikan ketika cuba meloloskan diri termasuk seorang wanita berusia awal 40-an cedera selepas terjun daripada tingkap rumahnya di tingkat satu bangunan rumah kedai berkenaan.

Sementara itu, Mohd Azis berkata, 380 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 157 warga asing pelbagai negara berusia tiga bulan hingga 50 tahun ditahan.

 ??  ?? PATI yang ditahan dalam serbuan di Taman Subang Mas.
PATI yang ditahan dalam serbuan di Taman Subang Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia