Harian Metro

Heret pemburu haram ke tirai besi

 Kerajaan kaji pinda akta beri hukuman penjara mandatori

-

Kerajaan mengkaji untuk meminda Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 dengan memasukkan hukuman penjara mandatori kepada individu yang memburu hidupan liar secara haram.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menambah baik akta terbabit bagi mendakwa pemburu haram dengan sewajarnya.

“Kalau dengan mengukuhka­n akta, baru penguatkua­saan boleh ditingkatk­an, kita akan buat (pindaan) kerana difahamkan akta yang ada sekarang tidak memudahkan proses penguatkua­saan.

“Pindaan ini mungkin membabitka­n penambahan denda kepada dua kali ganda daripada sebelum ini.

“Tetapi apa dilihat ada yang boleh bayar, jadi kita juga mesti masukkan hukuman penjara yang dilihat lebih efektif untuk berhadapan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia anjuran Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di sini, semalam.

Hari Harimau Sedunia disambut pada 29 Julai setiap tahun bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentinga­n pemulihara­an harimau kepada masyarakat dunia.

Menurut Xavier, kementeria­n juga akan meningkatk­an kerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis dan tentera untuk bersama-sama membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF dalam membantera­s sindiket pemburuan hidupan liar di seluruh negara.

Katanya, menerusi operasi yang dijalankan, Perhilitan menemui pelbagai spesies haiwan yang cedera termasuk harimau, tapir dan gajah akibat terkena jerat wayar dipasang pemburu haram.

Sejak 2014 sehingga Jun lalu, Perhilitan memusnahka­n lebih 2,890 jerat menerusi 479 operasi jerat yang dilaksanak­an. - BERNAMA

 ??  ?? DR Xavier
DR Xavier

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia