Harian Metro

Pengguna jalan raya makin sedar hak

-

Kuala Lumpur: Kesedaran pemandu mengenai hak mereka ketika di jalan raya semakin meningkat, sekali gus mengurangk­an risiko daripada diperdaya pihak tidak bertangung­jawab yang mahu mengambil kesempatan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, berbanding tahun lalu, pihaknya menerima banyak makluman daripada pengguna mengenai masalah yang dihadapi di jalan raya termasuk membabitka­n kes kemalangan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengguna untuk tujuan rujukan selepas terbabit dalam kemalangan dan ia menunjukka­n kesedaran mengenai hak mereka semakin meningkat.

“Kita serahkan aduan itu kepada Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) untuk tindakan lanjut kerana mereka memang berpengala­man dalam kes seperti ini.

“Sebagai pengguna, sudah semestinya kita perlu tahu hak bila berada di jalan raya. Banyak isu membabitka­n pengguna jalan raya dan itu harus diatasi,” katanya.

Nadzim berkata, pihaknya juga menyokong usaha PERCAMAS yang aktif memberi khidmat nasihat kepada pengguna yang selama ini berdepan risiko ditipu terutama selepas terbabit kemalangan.

“Sebagai rakan gabungan, kita menyokong PERCAMAS mendidik pengguna dan pada masa yang sama memainkan peranan dalam menjaga kebajikan operator trak tunda berdaftar.

“Antara isu akan kita perjuangka­n adalah penipuan dalam tuntutan insurans dan pembelian alat ganti kenderaan. Harap isu ini turut diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

 ?? Nadzim ?? Sebagai pengguna, sudah semestinya kita perlu tahu hak bila berada di jalan raya”
Nadzim Sebagai pengguna, sudah semestinya kita perlu tahu hak bila berada di jalan raya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia