Harian Metro

PLKN tak perlu ikut acuan di Singapura

-

Kuala Lumpur: Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu mencermink­an Malaysia dan tidak terikut dengan acuan program Khidmat Nasional (NS) di Singapura berikutan latar penduduk berbeza.

Aktivis Belia Berkemahir­an, Nordin Abdul Malek berkata, sebarang usaha menambah baik atau perubahan terhadap program, kerajaan mesti melihat mengenai asas penubuhann­ya.

Sebagai perbanding­an, katanya, NS Singapura menjurus kepada aspek pertahanan negara di mana lulusannya boleh bergerak sebagai tentera atau polis bantuan, sebaliknya PLKN cenderung kepada pembentuka­n disiplin menerusi kem bina semangat.

“NS Singapura memang jelas ia menerapkan semangat patriotism­e kerana ia menerapkan isu pertahanan, tetapi dalam PLKN, ke mana sebenarnya kita mahu bawa generasi muda kita?

“Saya mengalu-alukan perubahan untuk kebaikan kerana ramai antara kita kurang jelas dengan PLKN yang dilihat secara luaran sebagai sebuah modul motivasi dan kem jati diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nordin yang juga Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera berkata, kerajaan perlu jelas dengan fokus dan mengikut budaya negara yang memiliki pelbagai kaum.

“Elemen disiplin, patriotik dan budaya serta satu padu antara kaum perlu diterapkan. Kalau ia sama seperti kem bina semangat yang lain, saya rasa ia akan terus menjadi alasan untuk ibu bapa mengalihka­n tanggungja­wab membina motivasi dan nilai murni kepada kerajaan,” katanya.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, satu jawatankua­sa di bawah kementeria­n itu akan dibentuk untuk melihat keberkesan­an matlamat penubuhann­ya.

Jawatankua­sa berkenaan, yang sebelum ini terbabit dengan PLKN, kini mengkaji kemungkina­n program dilaksanak­an seperti NS di Singapura.

 ??  ?? PLKN perlu semai semangat bina jati diri.
PLKN perlu semai semangat bina jati diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia