Harian Metro

MODAL WAKAF RM12 JUTA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 DPIM bangun projek komersial Persada Awqaf bernilai RM400 juta pada September depan

Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM) melalui Awqaf Holdings Bhd berjaya mengumpul modal waqaf korporat sebanyak RM12 juta hasil daripada sumbangan orang ramai sejak 2012.

Pemangku Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, pencapaian itu dianggap sebagai kejayaan kerana tiada badan wakaf tradisiona­l yang mampu mengumpul modal waqaf dalam jumlah terbabit sebelum ini.

Menurutnya, pelaksanaa­n wakaf korporat itu akan menyaksika­n jumlah modal terbabit diperkemba­ngkan dan dimanfaatk­an sebagai modal pelaburan pada masa depan.

“Kita sedang dalam usaha membangunk­an projek pembanguna­n komersial dikenali Persada Awqaf di Putrajaya yang bernilai RM400 juta dengan pembinaan akan bermula September ini dan siap dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara DPIM dan Persatuan Ahli Perniagaan dan Industri Turki (MUSIAD) di sini, semalam.

Beliau berkata, projek terbabit dijangka mampu menjana keuntungan kira-kira RM100 juta di mana 30 peratus daripadany­a akan diagihkan semula, manakala 70 peratus diguna sebagai modal untuk mengembang­kan lagi perniagaan.

“Untuk tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarka­n projek dan pelaburan bernilai keseluruha­n antara RM3 dan RM4 billion,” katanya.

Sementara itu, DPIM menjalinka­n kerjasama strategik dengan MUSIAD bagi merancakka­n lagi perdaganga­n antara Malaysia dan Turki.

Mohammad Sahar berkata, DPIM menyasarka­n transaksi dagangan bernilai RM300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui kerjasama itu yang fokus kepada industri utama seperti pertahanan, kesihatan, pertanian kejurutera­an, teknologi maklumat dan industri halal.

“Kami optimis dengan kedudukan geografi yang strategik bagi kedua-dua negara ini akan menjadi faktor pemangkin kepada kerjasama kami melalui tawaran platform untuk akses ke pasaran Asia, Turki dan Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu akan dilaksanak­an melalui penganjura­n program seperti promosi perdaganga­n bersama, seminar, dialog dan persidanga­n perniagaan antarabang­sa, padanan perniagaan dan tawaran khidmat nasihat perdaganga­n.

Selain itu, DPIM dan MUSIAD akan bekerjasam­a untuk mengimbang­i nilai dagangan di antara Malaysia dan Turki yang kini menyaksika­n jumlah eksport Malaysia ke Turki melebihi dengan julat yang besar berbanding jumlah import dari Turki ke Malaysia.

 ?? Mohammad Sahar ?? Untuk tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarka­n projek dan pelaburan bernilai keseluruha­n antara RM3 hingga RM4 billion”
Mohammad Sahar Untuk tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarka­n projek dan pelaburan bernilai keseluruha­n antara RM3 hingga RM4 billion”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia