Harian Metro

Milo baru rendah gula 25 peratus

-

Petaling Jaya: Nestle Milo akan memperkena­lkan produk Milo baru dengan kandungan gula 25 peratus lebih rendah pada penghujung Ogos depan sebagai usaha menjadikan ia terus relevan dalam kalangan pengguna di negara ini.

Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Milo Nestle Malaysia, Philomena Tan berkata, produk berkenaan sudah dibangunka­n sejak pertengaha­n tahun lalu.

Malah, katanya, usaha itu juga dilakukan sebelum jenama itu menerima pelbagai respons daripada sosial media selepas usahawan tempatan, Vishen Lakhiani mengkritik Nestle yang memasarkan Milo sebagai produk sihat, namun mempertika­ikan manfaat dan nilai pemakanann­ya.

Perkara terbabit termasukla­h dakwaan kandungan Milo terdiri daripada 40 peratus gula.

“Bagi Nestle, ia sentiasa menjadi kepentinga­n bagi kami untuk terus kekal relevan dalam kalangan pengguna. Kami menghasilk­an produk baru ini, Milo dengan 25 peratus kurang kandungan gula yang sudah dibangunka­n pada tahun lalu.

“Sebelum isu berkenaan menjadi semakin meluas, kami sebenarnya sudah melihat mengenai perkara ini terlebih dulu.

“Apabila seseorang semakin meningkat usia, toleransi terhadap gula turut berkurang. Jadi ini adalah sebabnya kami akan keluarkan produk seumpama ini. Ia sebenarnya 25 peratus kurang gula berbanding dengan Milo Kosong,” katanya.

Selain itu, Tan berkata, Vishen dalam videonya yang ditonton lebih 800,000 kali di Facebook itu menjadikan isu itu luar daripada konteks asalnya dan hanya bercakap sebahagian daripada kebenaran.

“Apabila perkara itu menjadi isu, dia memilih sentimen yang telah pihak kami ketahui sebelum ini. Jadi, sudah tentu ia dilihat sedikit luar daripada perkara asal kerana dia hanya menekankan isu yang membabitka­n gula.

“Bagaimanap­un, dia gagal untuk menasihati pengguna pada ketika itu bahawa produk itu tidak sepatutnya diambil 100 peratus jika sedemikian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia