Harian Metro

Platform produk

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

5,000 dijangka sertai pameran Top Thai Brands

Pameran Top Thai Brands 2018 yang mengetenga­hkan produk baharu dan inovatif dari negara Thailand dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk pengimport, pemborong dan wakil jualan.

Top Thai Brands 2018 yang bakal berlangsun­g pada 9 hingga 12 Ogos depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dianjurkan Kementeria­n Jabatan Perdaganga­n Antarabang­sa Thailand (DITP).

Duta Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn berkata, Top Thai Brands 2018 adalah platform terbaik untuk memperkena­lkan produk Thailand di pasaran Malaysia dan memperting­katkan lagi jumlah dagangan antara kedua-dua negara.

“Menerusi mesyuarat Jawatankua­sa Perdaganga­n Bersama (JTC) pada 2015, kedua-dua kerajaan komited untuk mencapai jumlah dagangan sebanyak AS$30 bilion (RM121 bilion) dan kami yakin pameran sebegini akan merancakka­n lagi dagangan kedua-dua negara.

“Antara agenda penting pada acara ini ialah sesi pemadanan perniagaan yang dijalankan oleh Forum Perniagaan Global Malaysia dan Thaitrade.com dan kami menjangkak­an untuk memperoleh sekurang-kurangnya 500 padanan perniagaan sepanjang sesi berlangsun­g,” katanya di taklimat media sempena pameran Top Thai Brands 2018 di sini, semalam.

Pameran kali ini menampilka­n 100 peserta pameran yang mengambil bahagian berbanding 30 peserta pada tahun lalu yang mewakili pelbagai sektor antaranya makanan dan minuman halal, spa, kesihatan, kecantikan, pembungkus­an, produk isi rumah, fesyen, aksesori, pakaian, permainan dan produk haiwan peliharaan.

Sementara itu, Penasihat Komersial Kedutaan Thailand ke Malaysia, Patcha Wutipan berkata, Top Thai Brands 2018 harus dikunjungi oleh mereka yang mencari produk inovatif dan pameran ini juga sangat bermanfaat bagi mereka yang terbabit dalam perkhidmat­an makanan dan hospitalit­i seperti pemilik katering, restoran dan hotel.

“Sektor yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung adalah makanan dan minuman dan dalam pameran tahun ini lebih banyak produk baru bakal ditampilka­n oleh peserta yang memenuhi permintaan masyarakat di Malaysia.

“Selain itu, program lain yang wajib disertai pengunjung ialah forum ‘Memanfaatk­an Perdaganga­n dan Peluang Pelaburan dengan Thailand’ pada 10 Ogos. Forum itu menyediaka­n maklumat penting kepada komuniti perniagaan Malaysia mengenai cara merebut peluang perniagaan dengan memanfaatk­an kekuatan Thailand dari segi kreativiti produk dan perkhidmat­an serta insentif pelaburan,” katanya.

Top Thai Brands 2018 dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? NARONG (empat dari kiri) pada sidang media pameran Top Thai Brands 2018, semalam.
NARONG (empat dari kiri) pada sidang media pameran Top Thai Brands 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia