Harian Metro

Wasiyyah Shoppe perkenal tiga khidmat amanah baru

-

Wasiyyah Shoppe Bhd memperkena­lkan tiga jenis perkhidmat­an amanah baharunya iaitu Amanah Peribadi, Amanah Korporat dan Amanah Kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Affendy Nanyan berkata, tambahan tiga perkhidmat­an amanah baru itu sekali gus mencukupka­n perkhidmat­an keseluruha­n Wasiyyah Shoppe 30 jenis perkhidmat­an.

“Pengenalan perkhidmat­an amanah ini akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan mengukuhka­n perkhidmat­an bersifat butik kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkhidmat­an Amanah Peribadi disediakan untuk pelanggan yang berhasrat memperuntu­kkan dana kaum amanah bagi benefisiar­i yang ditetapkan bertujuan menjaga kebajikan mereka.

Katanya, peruntukan itu boleh dibuat untuk tujuan belanja perubatan, pendidikan sara diri bulanan dan keperluan benefisiar­i yang lain.

“Manakala Amanah Korporat disasarkan bagi keperluan organisasi yang memerlukan perkhidmat­an pengamanah­an untuk tujuan kelangsung­an perniagaan.

“Amanah Kebajikan pula disasarkan untuk pengurusan dana kebajikan seperti untuk masjid, surau, pusat tahfiz dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Affendy berkata, Wasiyyah Shoppe menyasarka­n perkhidmat­an amanahnya akan mampu menguruska­n RM50 juta dana bagi tahun kewangan 2018/2019.

“Masyarakat secara umumnya masih kurang memahami fungsi dan perkhidmat­an amanah serta manfaat yang boleh diperoleh.

“Dana yang diletakkan di bawah Amanah akan diuruskan mengikut peruntukan Surat Ikatan Amanah yang disediakan pelanggan dan ia akan diuruskan secara profesiona­l dan teratur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia