Harian Metro

TRAUMA GEMPA PAGI

- AFP

Seramai 14 orang maut dalam gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda pulau pelanconga­n Lombok yang turut mengakibat­kan ratusan orang cedera selain merosakkan ribuan kediaman, kata pihak berkuasa.

Gempa cetek jam 6.47 pagi itu mengakibat­kan orang ramai yang panik lari keluar, selain mengakibat­kan tanah runtuh di laluan gunung popular. Ia disusuli lebih 120 gempa susulan yang lebih mencetuska­n ketakutan mangsa dengan yang terbesar dilaporkan berukuran 5.7 magnitud, kata agensi meteorolog­i Indonesia.

Pegawai tempatan mengumumka­n darurat selama tiga hari, lapor beberapa rangkaian televisyen.

Tiada amaran tsunami dikeluarka­n, kata agensi geofizik dan meteorolog­i negara itu.

Jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata dalam satu kenyataan: “Empat belas orang maut, ratusan cedera dan ribuan kediaman rosak dalam gempa bumi di Lombok Timur. Kami masih mengumpul maklumat.”

Antara yang maut ialah seorang rakyat Malaysia, manakala enam rakannya cedera termasuk tiga yang parah.

Gempa susulan berterusan mencetuska­n jeritan takut puluhan penduduk yang hilang tempat tinggal di kampung Sembalun, lapor wartawan AFP.

Kira-kira 200 orang daripada 35 keluarga yang kediaman mereka musnah atau rosak membina khemah di kampung itu. Bumbung klinik kesihatan tempatan runtuh, manakala dindingnya retak.

“Orang ramai trauma dan terlalu takut untuk pulang ke rumah kerana bimbangkan gempa susulan yang mampu memusnahka­n sepenuhnya kediaman mereka.

“Setiap kali berlaku gempa susulan mereka menjerit, malah gegaran masih dirasai secara berterusan,” kata wartawan berkenaan. Laluan denai popular di Gunung Rinjani ditutup akibat tanah runtuh, lapor agensi bencana berkenaan.

Seorang penganjur kembara, Karyadi, berkata, dua pengembara Sepanyol dan pemandu cedera ringan selepas dihujani batu ketika berada di atas gunung itu.

Pusat gempa dikesan 50 kilometer di timur laut bandar utama Lombok, Mataram, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat, iaitu jauh dari lokasi pelancong di selatan serta barat pulau berkenaan.

 14 maut termasuk rakyat Malaysia, ratusan cedera dalam bencana di Lombok

pelanconga­n itu turut berlari keluar termasuk berhimpun di tepi pantai sebelum ditenangka­n selepas dimaklumka­n tiada amaran tsunami, kata seorang penyambut tetamu, Ni Nyoman Suwarnings­ih. AFP

 ??  ?? PENDUDUK mencari barangan yang boleh diselamatk­an dalam runtuhan rumah mereka. - AFP
PENDUDUK mencari barangan yang boleh diselamatk­an dalam runtuhan rumah mereka. - AFP
 ??  ?? GAMBAR diambil daripada media sosial menunjukka­n orang ramai berhimpun di jalan susulan gempa. - Reuters
GAMBAR diambil daripada media sosial menunjukka­n orang ramai berhimpun di jalan susulan gempa. - Reuters
 ??  ?? ORANG ramai termasuk pelancong asing berhimpun di tempat terbuka. - Agensi
ORANG ramai termasuk pelancong asing berhimpun di tempat terbuka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia