Harian Metro

Ahed bebas!

Remaja Palestin dianggap wira kerana menampar, menendang kaki tentera Israel

- Agensi

Remaja Palestin, Ahed Tamimi, 17. yang dipenjara kerana menendang dan menampar tentera Israel di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh, Tebing Barat, lewat tahun lalu, dibebaskan hari ini.

Rakaman kejadian ketika remaja berkenaan berusia 16 tahun itu yang disiarkan di media sosial menjadi perhatian seluruh dunia, termasuk pertubuhan antarabang­sa.

Reuters melaporkan, jurucakap Perkhidmat­an Penjara Israel menyatakan Ahed sudah meninggalk­an penjara Sharon dan dihantar ke Tebing Barat.

Remaja itu menghadapi 12 tuduhan, termasuk menyerang.

Mac lalu, dia dihukum penjara lapan bulan serta denda 5,000 shekels (RM5,560) selepas bersetuju menerima tawaran mengaku salah.

Menurut peguamnya, Gaby Lasky, tempoh hukuman penjara itu termasuk tempoh Ahed berada dalam tahanan sejak Disember lalu.

Ahed dianggap wira Palestin selepas rakaman kejadian di luar rumahnya di perkampung­an Nabi Saleh pada 15 Disember lalu, tersiar di media sosial.

Dia menampar dan menendang kaki tentera Israel selepas mereka menyerbu rumah keluargany­a dan menembak mata sepupunya dengan peluru getah.

Ketibaan Ahed di kampungnya semalam, disambut orang ramai.

Dalam perhimpuna­n di luar rumah seorang penduduk perkampung­an Nabi Saleh yang dibunuh tentera Israel, Ahed berkata: “Dari rumah yang syahid ini, saya menyatakan tentangan akan berterusan sehingga penjajah dihalau.

“Semua banduan wanita dalam penjara kuat dan saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya.”

Penduduk Palestin mahukan Tebing Barat dimasukkan dalam negara Palestin dengan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara.

Sementara itu AFP melaporkan, tentera Israel menahan dua rakyat Itali kerana melukis mural gergasi Ahed sebagai simbol penentanga­n pada tembok pemisah di Tebing Barat.

Mereka melukis mural Ahed sebesar empat meter berhampira­n Baitulaham.

Polis Israel menyatakan dua rakyat Itali dan seorang penduduk Palestin itu ditahan kerana merosak dan melakukan vandalisme pada pagar keselamata­n.

Rabu lalu, lelaki yang melukis mural berkenaan memperkena­lkan dirinya di Facebook sebagai artis jalanan Itali, Jorit Agoch.

 ??  ?? AHED disambut saudara-mara dan penyokongn­ya di perkampung­an Nabi Saleh, Tebing Barat, selepas dibebaskan semalam. - Reuters
AHED disambut saudara-mara dan penyokongn­ya di perkampung­an Nabi Saleh, Tebing Barat, selepas dibebaskan semalam. - Reuters
 ??  ?? MURAL gergasi Ahed sebagai simbol penentanga­n yang dilukis pada tembok pemisah di Tebing Barat. - Agensi
MURAL gergasi Ahed sebagai simbol penentanga­n yang dilukis pada tembok pemisah di Tebing Barat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia