Harian Metro

Isteri, lima anak hilang sekelip mata

-

Michigan: Luluh hati seorang bapa apabila isteri serta lima anaknya hilang sekelip mata selepas maut dalam kebakaran sebuah bilik hotel di Michigan, Amerika Syarikat, kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Daerah Berrien, Robert Boyce berkata, hanya Samuel Curtis, 36, dan anaknya berusia setahun, terselamat dalam kejadian itu.

Mangsa yang maut ialah Kiarre Curtis, 26, bersama anaknya, Marquise Thompson, 10, Gerome Randolph, 7, Samuel Curtis, 5, Savod Curtis, 4, dan Avery Curtis, 2.

Menurut laporan Fox News, semua lapan sekeluarga itu dikatakan menginap di bilik sama di hotel Cosmo Extended Stay, berhampira­n Benton Harbor yang terletak di tepi Tasik Michigan.

Saksi kejadian, Cassundra Clements yang cuba membantu Curtis, memberitah­u WSBT-TV: “Saya cuba mengambil bayi daripada lelaki terbabit, namun dia enggan menyerahka­nnya.

“Dia berkata kepada saya ‘Ini saja yang saya ada’.”

Menurut laporan AFP, Pejabat Sheriff Berrien County dalam kenyataan menyatakan, lapan mangsa sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan kerana terhidu asap.

Menurut kenyataan itu, pegawai bantuan kecemasan yang tiba di lokasi kejadian mendapati premis itu diselubung­i api dan asap sehingga menyukarka­n operasi menyelamat.

Semua 27 bilik di hotel itu memiliki penyewa ketika kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan. Agensi

 ??  ?? KEADAAN bilik hotel yang terbakar di Michigan, Amerika Syarikat. - Agensi
KEADAAN bilik hotel yang terbakar di Michigan, Amerika Syarikat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia