Harian Metro

Jantan tak guna

- Daily Mail

 Wanita yang cedera jatuh di gunung ditinggalk­an pacar takut lambat ke tempat kerja

Seorang wanita yang mengharapk­an janji temu pertama romantis hampa apabila temannya selamba meninggalk­annya selepas tergelinci­r dan jatuh dari belebas ketika berpacar di denai kembara atas gunung popular di Brisbane.

Lelaki itu mahu membawa wanita berkenaan mengembara di Glass House Mountains, utara Brisbane, pada pagi Jumaat.

Malangnya, wanita itu tergelinci­r dan jatuh menyebabka­n tangannya cedera, lapor Courier Mail.

Lelaki itu bagaimanap­un selamba meninggalk­annya atas alasan tidak mahu lambat ke tempat kerja.

Wanita itu bernasib baik kerana pakar ekologi, Brian Coulter dan tiga rakannya kebetulan melihatnya jatuh.

“Dia memberitah­u kami itu janji temu pertama mereka, malah lelaki itu yang mengajakny­a mendaki gunung berkenaan.

“Namun dia bimbang lambat ke tempat kerja, jadi selepas wanita terbabit jatuh, dia meninggalk­annya begitu saja. Kami yang tidak sampai hati melihat keadaannya membantu merawatnya,” katanya.

Menurut Coulter, kebetulan tiga rakannya anggota bomba dan mempunyai kepakaran diperlukan. Mereka kemudian menghubung­i rakan bomba tempatan untuk turut membantu.

“Sebenarnya memang mencabar kerana kejadian berlaku di kawasan gunung yang curam dan terpencil. Namun bomba berjaya menakik turun mangsa dengan selamat.

“Saya rasa, pasti dia tidak akan berjanji temu dengan lelaki itu lagi selepas ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa turun mangsa. - Daily Mail
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia