Harian Metro

Hidup bersama, mati berdua

-

Athens: Sepasang kembar perempuan yang dilaporkan hilang oleh bapanya dalam kebakaran hutan di timur Athens, Greece, minggu lalu, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, berpelukan dengan datuk dan nenek mereka.

Menurut laporan Daily Mail, lebih menyedihka­n apabila Sophia dan Vassiliki Philipopou­losl, serta saudara-mara mereka, mati di tepi tebing pantai sebuah resort di Mati, tidak jauh dari tempat mangsa terselamat berkumpul.

Seorang saudara mereka menulis di Facebook: “Epilog sudah tertulis. Semua keempat-empat ditemui berpelukan. Malah kematian juga tidak dapat memisahkan mereka.”

Kembar berusia sembilan tahun itu menarik perhatian dunia selepas dilaporkan hilang oleh bapa mereka menerusi satu siaran televisyen.

Yiannis Philipopou­los merayu kepada orang ramai supaya membantu mengesan dua anaknya.

Pasangan kembar berkenaan bercuti di Rafina bersama datuk, Philip dan nenek, Sofia, 61, yang turut hilang dalam kejadian berkenaan menyebabka­n Philipopou­los berusaha mengesan mereka.

Lelaki itu mencari di rumah mayat, hospital dan balai polis, malah memberikan sampel DNA selain menyangka dua budak perempuan berbalut selimut yang turun dari bot penyelamat adalah anaknya.

Kebanyakan mangsa kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Greece itu dilaporkan sama ada mati dalam kereta atau ketika cuba melarikan diri ke kawasan pantai. - Agensi

 ??  ?? PETA menunjukka­n lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui. - Agensi
PETA menunjukka­n lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia