Harian Metro

DUA KEJUARAAN JADI AZIMAT

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Kejayaan Wee Wern ungguli Terbuka Tasmania, Terbuka Malaysia jadi tonik berharga ke Sukan Asia

Pemain skuasy wanita negara Low Wee Wern mendapat tonik berharga menjelang temasya Sukan Asia Indonesia apabila merangkul gelaran kedua berturut-turutnya dalam siri Jelajah Skuasy PSA selepas mengunggul­i Terbuka Tasmania di Devonport, semalam.

Selepas hilang daripada kancah skuasy negara hampir 20 bulan, bekas pemain yang pernah menghuni ranking kelima dunia ini membuktika­n dia masih lagi mampu memberikan cabaran.

Biarpun terpaksa beraksi dari pusingan kelayakan berikutan menghuni ranking ke-254 dunia ketika ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak berdepan masalah menewaskan pilihan pertama, Rachael Grinham 11-6, 11-6, 12-10 seterusnya merangkul gelaran kesembilan dalam kariernya.

Wee Wern bijak menggunaka­n peluang yang terhidang apabila mudah memenangi dua set pertama dengan memaksa Rachael bergerak ke setiap penjuru gelanggang dan berjaya mengawal tempo permainann­ya.

“Ini gelaran kedua PSA selepas sekian lama berehat kerana melalui tiga pembedahan lutut. Saya pernah berdepan Rachael tetapi tidak dalam tempoh dua tahun sebelum ini,” kata Wee Wern.

“Dia pemain legenda dari Australia dan sesuatu yang menarik dapat melihat bagaimana dia mengawal dirinya di dalam gelanggang. Tapi saya tahu, saya mempunyai peluang jika sering mengajak dia bermain di bahagian belakang gelanggang kerana dia pemain yang berbahaya di bahagian depan kerana anda tidak akan tahu apa dia akan lakukan.”

Kali terakhir pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam siri jelajah dunia PSA adalah di Terbuka Amerika Syarikat pada

2016 sebelum kembali di

Terbuka

Malaysia minggu lalu.

Pada 2014 Wee Wern berada di kemuncak kariernya apabila menduduki ranking kelima dunia sebelum beberapa kecederaan memaksanya meninggalk­an lapangan skuasy buat sementara waktu.

Mengakui masih lagi kurang selesa berada di dalam gelanggang namun dua kemenangan yang diraihnya itu mampu membantuny­a menjadi lebih baik menjelang Sukan Asia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia