Harian Metro

Zahidi raih perak di Kejohanan Boling Para Dunia 2018

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain boling kerusi roda negara, Zahidi Lamsah meraih perak dalam acara keseluruha­n TPB8 (All Event) di Kejohanan Boling Para Dunia 2018 di Sarawak, kelmarin selepas tewas kepada lawan dari Korea Selatan, Shin Baek Ho.

Zahidi yang menanggung sendiri kos pengangkut­an dan penginapan sepanjang menyertai kejohanan itu, merasakan kemenangan itu amat bermakna dan membakar semangatny­a untuk terus berusaha bagi meraih emas di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta Indonesia, pada 6 hingga 13 Oktober depan.

“Walaupun jurulatih dan pengurusan hanya meletakkan sasaran menaiki podium kerana tidak mahu memberi tekanan, saya yakin mampu menang emas dalam acara individu dan berpasukan,”kata Zahidi.

“Tambahan pula sebelum ini saya pernah menjadi pemain terbaik dunia. Jadi tidak mustahil saya boleh menang emas dalam acara individu dan berpasukan di Sukan Para Asia 2018 nanti.”

Difahamkan, Majlis Sukan Negara (MSN) hanya membayar harga tiket penerbanga­n pergi dan balik ke Kuching, Sarawak, manakala kos dan perbelanja­an lain termasuk makan, penginapan dan pengangkut­an ke venue pertanding­an ditanggung sendiri oleh atlet terbabit.

Untuk rekod, Zahidi, 41, yang bekerja sebagai pembantu Tadbir Pengkerani­an dan Operasi di Institusi Perlindung­an Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Melaka, lumpuh dari paras dada ke bawah akibat kemalangan jalan raya pada 1995.

Nama Zahidi mula meniti di bibir peminat sukan boling tanah air selepas dia dan dua rakan sepasukann­ya, Mohd Azrin Rahim dan Muhamad Amin meraih emas dalam acara - Trio Campuran TPB8+TPB9+TPB10 di Sukan Para ASEAN, tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia