Harian Metro

Hormati privasi

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 BAM mahu semua pihak beri ruang kepada Chong Wei untuk pulih

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu semua pihak memberi ruang secukupnya kepada Datuk Lee Chong Wei (gambar) bagi membolehka­n dia menjalani rawatan ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Presiden

BAM, Datuk

Seri Mohamad

Norza Zakaria berkata semua pihak perlu menghormat­i privasi Chong Wei yang sudah banyak mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa menerusi pelbagai kejayaan yang diraihnya dalam sukan badminton.

“Seperti saya katakan sebelum ini, BAM menghormat­i privasi Chong Wei dan memberikan dia ruang bagi menentukan apa yang terbaik untuk memastikan dia kembali pulih sepenuhnya,” kata Norza.

“Ke mana saja yang dia mahu pergi bagi menjalani rawatan, BAM akan memberi sokongan sepenuhnya. Jika ada sebarang perkembang­an terbaru mengenai Chong Wei dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, saya akan kongsikan. Buat masa sekarang, biarkan Chong Wei fokus kepada rawatannya.”

Kelmarin, Sukan NSTP melaporkan Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia dikatakan mengalami masalah kesihatan yang serius dan berkemungk­inan besar terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pemain badminton bagi menjalani rawatan pemulihan.

Pemain berusia 36 tahun itu difahamkan ketika ini berada di Taiwan bagi mendapatka­n nasihat pakar perubatan dan menjalani rawatan di negara berkenaan berhubung masalah kesihatan yang dialaminya.

Masalah kesihatan dialami Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n pemain berkenaan menarik diri daripada beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang bermula Isnin ini dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia pada 19 hingga 28 Ogos depan.

Menerusi kenyataan dikeluarka­n badan induk itu pada Selasa lalu, Chong Wei disahkan mengalami masalah pernafasan dan dia perlu berehat selama sebulan bagi menjalani rawatan dan tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti fizikal.

Norza turut meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Chong Wei agar pemain berkenaan segera pulih daripada masalah kesihatan yang dialaminya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia