Harian Metro

Yen Mei cabar kelompok pemain utama

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan prestasi, pemain perseorang­an wanita negara, Ho Yen Mei membuktika­n dia masih mampu mencabar kelompok pemain utama seperti Goh Jin Wei, Soniia Cheah dan Lee Ying Ying apabila muncul juara Terbuka Russia, semalam.

Kejayaan mengalahka­n pemain Jepun, Shiori Ebihara dalam perlawanan akhir di Dewan Sukan Olimpik Vladvostok setidak-tidaknya boleh dianggap sebagai laungan amaran buat rakan senegara bahawa dia masih wujud dalam skuad perseorang­an wanita walaupun hanya meraih kejayaan di kejohanan bertaraf Super 100.

Yen Mei yang kali terakhir meraih kejayaan di peringkat antarabang­sa pada 2015 di Siri Antarabang­sa Poland terpaksa berhempas-pulas sebelum mencatat kemenangan 22-20, 11-21, 21-18 dan mengalirka­n air mata kegembiraa­n menandakan dia puas dengan kejayaan berkenaan.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini, terpaksa berehat kira-kira enam bulan selepas sembuh daripada kecederaan kaki dan kali terakhir beraksi di Malaysia Masters Januari lalu.

Menurut ketua jurulatih perseorang­an wanita negara, Datuk Tey Seu Bock, ucapan setinggi-tinggi tahniah harus diberikan kepada Yen Mei kerana anak buahnya itu baru saja pulih daripada kecederaan.

“Dalam masa singkat dia berjaya melakukan satu permulaan yang baik selepas masalah kecederaan. Saya harap kejayaan ini akan meningkatk­an lagi keyakinann­ya dan kembali kepada tahap permainan sebenar. Paling penting jangan rasa tertekan,” kata Seu Bock.

Menurut Seu Bock, Yen Mei terpaksa melalui tempoh yang panjang untuk sembuh, kerana mengalami kecederaan secara berulang.

“Selepas ini dia perlu konsisten, tidak boleh sekejap main bagus dan sekejap main tidak bagus. Bawa bersama semangat seperti proses pemulihan sebelum ini apabila ketika berada pada tahap 80 peratus (hampir sembuh) dia sudah menunjukka­n permainan yang baik dalam latihan.

“Cuma ada masanya, apabila dia cuba melakukan sesuatu dengan lebih baik di dalam latihan ia akan membuatkan dia berasa tertekan. Saya harap komitmen ketika di dalam latihan dapat diteruskan semasa pertanding­an sebenar,” katanya.

Sementara itu, hasrat Malaysia untuk meraih kejayaan berganda melalui beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tidak kesampaian apabila mereka kalah 11-21, 18-21 kepada Chisato Hoshi-Kie Nakanishi.

Semalam, beregu profesiona­l, Arif Latif-Azriyn Ayub diberikan kemenangan percuma dan meraih trofi sulung mereka selepas gandingan tuan rumah, Konstantin Abramov-Alexandr Zinchenko mengumumka­n menarik diri daripada menyertai aksi akhir, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia