Harian Metro

Malaysian Tigress cemerlang dalam lima aksi persahabat­an

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara menjuarai siri lima perlawanan persahabat­an selepas melakar kemenangan ketiga ke atas Queensland 3-2, semalam.

Queensland adalah juara Liga Hoki Australia tetapi mereka turun tanpa kelibat lima pemain utama yang mewakili negara itu pada saingan Piala Dunia di London.

Malaysia memulakan kempen dengan melakar keputusan seri 1-1 dan 2-2 sebelum menang 3-1, 2-1 dan 3-2.

Skuad hoki wanita negara ketika ini dalam persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia dengan mereka diundi dalam Kumpulan A bersama China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

China dan Jepun ketika ini beraksi pada saingan Piala Dunia di London.

Pada aksi terakhir dengan Queensland semalam, Malaysia mendahului perlawanan 2-0 tetapi lawan berjaya mengikat kedudukan 2-2 di suku keempat permainan. Nuraini Rashid menjaringk­an dua gol manakala Raha Norsharina meledak satu gol.

“Walaupun kami gagal mempertaha­nkan dua gol, saya dapat lihat peningkata­n yang ditunjukka­n pemain sejak kami tiba di sini. Dengan kemenangan dalam siri perlawanan persahabat­an ini, saya percaya kami sudah bersedia untuk memberi cabaran pada Sukan Asia,” kata ketua jurulatih Malaysian Tigress, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

“Dua tahun lalu apabila kami mahu beraksi dalam saingan Liga Hoki Wanita Australia, kami disarankan untuk bermain dalam Divisyen Dua kerana mereka bimbang kami akan menjadi pasukan belasahan.

“Dan hari ini (semalam), biarpun mereka turun tanpa pemain kebangsaan, kami berjaya memenangi siri perlawanan persabahat­an ini menentang juara Australia.”

 ??  ?? DHAARMA (tiga dari kanan) berkumpul dengan anak buah sebelum memulakan perlawanan.
DHAARMA (tiga dari kanan) berkumpul dengan anak buah sebelum memulakan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia