Harian Metro

Agut atasi Djere

-

Gstaad, Switzerlan­d: Pilihan kedua Roberto Bautista Agut

berjaya melepasi cabaran pemain Serbia Laslo Djere sebelum memastikan kemenangan 6-7(5) 6-4 6-4 untuk mara ke final Terbuka Switzerlan­d di Gstaad, semalam.

Agut yang memburu gelaran ketiganya tahun ini, mendahului 4-1 pada set pertama namun berjaya dikejar Djere yang memaksa perlawanan menuju tiebreak.

Djere mendominas­i tiebreak namun memerlukan lima mata set untuk menamatkan set pertama.

Agut, pemain Sepanyol bangkit dengan mengurangk­an kesilapan dalam permainann­ya sebelum memanfaatk­an kedua-dua set untuk mara ke final esok.

Terdahulu, pemain nombor 84 dunia Matteo Berrettini

(gambar)

melangkah ke final jelajah buat kali pertama menerusi kemenangan 6-4 7-6(6) ke atas pemain Estonia Jurgen Zopp.

Pemain Itali berusia 22 tahun itu mempamerka­n aksi terbaik sepanjang kariernya minggu ini, apabila menyingkir­kan juara 2016 Feliciano Lopez dan pilihan keempat Andrey Rublev.

Hujan menyebabka­n permulaan aksi separuh akhir itu ditangguhk­an lebih tiga jam namun Berrettini kelihatan menguasai perlawanan ke atas Zopp.

“Keadaannya berbeza selepas hujan,” kata Berrettini, yang masih belum tewas sebarang set dalam kejohanan ini.

“Saya berjaya meningkatk­an tahap permainan dan berjuang bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan.”– Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia